FINAL MFL CHALLENGE CUP: KINOSHI MAHU PEMAIN LEBIH BERSEDIA DALAM AKSI KEDUA
Selangor FC membawa kelebihan satu jaringan ke aksi final kedua MFL Challenge Cup 2024-2025 selepas mencatat kemenangan tipis ke atas PDRM FC dalam perlawanan pertama yang berlangsung Sabtu lalu.
Ketua jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi, berpuas hati dengan prestasi anak buahnya walaupun terpaksa beraksi dengan 10 pemain sepanjang sebahagian besar perlawanan.
Kemenangan 3-2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bukan sahaja memberikan kelebihan buat Selangor FC, malah turut menyuntik keyakinan pasukan menjelang aksi penentuan Sabtu ini.
“Kami bermain dengan 10 pemain selama 80 minit, namun tetap berjuang hingga ke wisel penamat. Kami berada di sini kerana sejarah, dan setiap individu dalam pasukan ini mempunyai sejarah tersendiri. Oleh itu, kami perlu bersedia untuk perlawanan seterusnya, memberikan aksi terbaik dan membawa kegembiraan kepada penyokong setia Selangor.
“Saya juga tidak pernah meragui kemampuan pemain. Jika seorang jurulatih tidak percaya kepada pasukannya, maka itu bukanlah sebuah pasukan.
“Yang paling penting, saya gembira dapat membawa pasukan ke pentas final dan saya yakin aksi kedua nanti akan menjadi lebih baik,” katanya.
Sementara itu, pengendali PDRM FC, P. Maniam, mengakui keampuhan Selangor FC selepas skuad Merah Kuning berjaya merobek gawang mereka menerusi dua jaringan Alvin Fortes dan satu gol daripada Ali Olwan.
Beliau turut memuji mentaliti serta kualiti tinggi yang dimiliki Selangor FC, yang tetap mampu mencatat kemenangan meskipun beraksi dengan 10 pemain.
“Kami tidak memiliki kualiti seperti Selangor FC. Walaupun mereka bermain dengan 10 pemain, mereka tetap berjaya menang. Jadi, kami tidak boleh membuat perbandingan dari segi individu, sebaliknya akur dengan jurang perbezaan antara kedua-dua pasukan.
“Pemain perlu memperbaiki momentum dan memberikan yang terbaik dalam perlawanan akhir nanti. Mereka harus sedar bahawa masih ada 90 minit berbaki untuk memberikan aksi terbaik dan mencari jaringan kemenangan,” jelasnya.
Aksi final kedua MFL Challenge Cup 2024-2025 antara PDRM FC dan Selangor FC bakal berlangsung pada Sabtu, 22 Februari, di venue yang sama, Stadium MBPJ.
See TranslationKetua jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi, berpuas hati dengan prestasi anak buahnya walaupun terpaksa beraksi dengan 10 pemain sepanjang sebahagian besar perlawanan.
Kemenangan 3-2 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) bukan sahaja memberikan kelebihan buat Selangor FC, malah turut menyuntik keyakinan pasukan menjelang aksi penentuan Sabtu ini.
“Kami bermain dengan 10 pemain selama 80 minit, namun tetap berjuang hingga ke wisel penamat. Kami berada di sini kerana sejarah, dan setiap individu dalam pasukan ini mempunyai sejarah tersendiri. Oleh itu, kami perlu bersedia untuk perlawanan seterusnya, memberikan aksi terbaik dan membawa kegembiraan kepada penyokong setia Selangor.
“Saya juga tidak pernah meragui kemampuan pemain. Jika seorang jurulatih tidak percaya kepada pasukannya, maka itu bukanlah sebuah pasukan.
“Yang paling penting, saya gembira dapat membawa pasukan ke pentas final dan saya yakin aksi kedua nanti akan menjadi lebih baik,” katanya.
Sementara itu, pengendali PDRM FC, P. Maniam, mengakui keampuhan Selangor FC selepas skuad Merah Kuning berjaya merobek gawang mereka menerusi dua jaringan Alvin Fortes dan satu gol daripada Ali Olwan.
Beliau turut memuji mentaliti serta kualiti tinggi yang dimiliki Selangor FC, yang tetap mampu mencatat kemenangan meskipun beraksi dengan 10 pemain.
“Kami tidak memiliki kualiti seperti Selangor FC. Walaupun mereka bermain dengan 10 pemain, mereka tetap berjaya menang. Jadi, kami tidak boleh membuat perbandingan dari segi individu, sebaliknya akur dengan jurang perbezaan antara kedua-dua pasukan.
“Pemain perlu memperbaiki momentum dan memberikan yang terbaik dalam perlawanan akhir nanti. Mereka harus sedar bahawa masih ada 90 minit berbaki untuk memberikan aksi terbaik dan mencari jaringan kemenangan,” jelasnya.
Aksi final kedua MFL Challenge Cup 2024-2025 antara PDRM FC dan Selangor FC bakal berlangsung pada Sabtu, 22 Februari, di venue yang sama, Stadium MBPJ.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |