FINAL MFL CHALLENGE CUP: PDRM FC BURU TROFI KEDUA, WASPADA ANCAMAN SELANGOR FC
Juara bertahan MFL Challenge Cup, PDRM FC kekal berjaga-jaga dengan ancaman pasukan Selangor FC pada pertembungan final pertama yang berlangsung hari ini.
Menurut pengendali PDRM FC, P. Maniam menyifatkan kekuatan lawannya terutama di bahagian sayap adalah sesuatu perkara yang perlu diawasi dengan lebih baik.
Selangor FC yang mempertaruhkan awang importnya Alvin Fortes dan Ali Olwan jelas mencetuskan kebimbangan buat Maniam yang mengakui kelincahan dua penyerang tersebut.
"Kita tahu mereka ada pemain-pemain yang bagus. Tetapi, saya percaya PDRM FC akan saling bekerja antara satu sama lain dan bersatu sebagai satu pasukan. Itu adakah kunci untuk memenangi perlawanan esok.
"Kita tidak menafikan Selangor FC mempunyai pemain yang berkualiti tetapi dalam bola sepak, semuanya tidak mustahil dan pastinya kedua-dua pasukan akan mempamerkan satu aksi terbaik esok," katanya.
Ketua jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi pula terus memandang positif terhadap segala tekanan yang sedang dirasai sekali gus mahu membuktikan pasukannya mampu menyandang trofi juara.
Jurulatih kelahiran Jepun itu jelas melihat aksi final MFL Challenge Cup ini sebagai satu peluang keemasan buat Selangor FC melakar sejarah setelah sekian lama pasukan itu dilanda kemarau trofi kemenangan.
"Kita mesti faham bahawa kita bakal mengalami satu peristiwa yang cukup penting. Dan kini kita berpeluang mencipta sejarah kita sendiri,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan.
Perlawanan yang dinanti-nantikan iaitu aksi final pertama MFL Challenge Cup 2024-2025 akan berlangsung hari ini, 15 Februari di gelanggang Selangor FC, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada jam 9 malam.
See TranslationMenurut pengendali PDRM FC, P. Maniam menyifatkan kekuatan lawannya terutama di bahagian sayap adalah sesuatu perkara yang perlu diawasi dengan lebih baik.
Selangor FC yang mempertaruhkan awang importnya Alvin Fortes dan Ali Olwan jelas mencetuskan kebimbangan buat Maniam yang mengakui kelincahan dua penyerang tersebut.
"Kita tahu mereka ada pemain-pemain yang bagus. Tetapi, saya percaya PDRM FC akan saling bekerja antara satu sama lain dan bersatu sebagai satu pasukan. Itu adakah kunci untuk memenangi perlawanan esok.
"Kita tidak menafikan Selangor FC mempunyai pemain yang berkualiti tetapi dalam bola sepak, semuanya tidak mustahil dan pastinya kedua-dua pasukan akan mempamerkan satu aksi terbaik esok," katanya.
Ketua jurulatih Selangor FC, Katsuhito Kinoshi pula terus memandang positif terhadap segala tekanan yang sedang dirasai sekali gus mahu membuktikan pasukannya mampu menyandang trofi juara.
Jurulatih kelahiran Jepun itu jelas melihat aksi final MFL Challenge Cup ini sebagai satu peluang keemasan buat Selangor FC melakar sejarah setelah sekian lama pasukan itu dilanda kemarau trofi kemenangan.
"Kita mesti faham bahawa kita bakal mengalami satu peristiwa yang cukup penting. Dan kini kita berpeluang mencipta sejarah kita sendiri,” katanya dalam sidang media pra-perlawanan.
Perlawanan yang dinanti-nantikan iaitu aksi final pertama MFL Challenge Cup 2024-2025 akan berlangsung hari ini, 15 Februari di gelanggang Selangor FC, Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada jam 9 malam.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |