JDT DAN SRI PAHANG JANJIKAN PERTEMBUNGAN EPIK DI FINAL UNIFI PIALA MALAYSIA
Ulangan final 2014 bakal disaksikan sekali lagi buat peminat bola sepak tempatan selepas Johor Darul Ta’zim bakal melakukan perhitungan dengan Sri Pahang FC di perlawanan akhir Unifi Piala Malaysia 2024-2025.
Perebutan slot ke pentas final telah terjawab selepas JDT menewaskan Terengganu FC dengan aggregat 6-1 manakala Sri Pahang FC pula menang dalam pertarungan sengit ke atas Sabah FC dengan keputusan 3-2 pada minggu lalu di pusingan separuh akhir.
Ini merupakan final yang ketujuh buat skuad kendalian Hector Bidoglio yang kali pertama memenangi trofi berprestij ini pada musim 2017 dan sudah tentu misi mereka adalah untuk terus menjuarai kejohanan ini buat kali kelima.
Heberty Fernandes antara wira pasukan JDT yang berjaya meledak dua gol berharga pada aksi timbal balik separuh akhir di laman sendiri seterusnye menoktahkan kemenangan mereka untuk mara ke final.
“Saya gembira dengan apa yang telah diraih oleh pasukan ini dan sudah tentu puas hati dapat tolong pasukan untuk memastikan kami ke pentas final.
“Sekali lagi kami ke final dan pencapaian ini membuktikan usaha keras kami selama ini, jadi bagi saya, kami harus meneruskan semangat seperti ini tidak kira dalam pertandingan apa sekalipun”, katanya.
Sementara itu, kapten Sri Pahang FC, Kpah Sherman mengakui perjalanan mereka di pentas Unifi Piala Malaysia bukan mudah dan dapat menjadi sebahagian daripada sejarah itu untuk membawa pasukan ke final selepas 11 tahun cukup bermakna buatnya.
Bahkan, ini merupakan final Piala Malaysia yang pertama buat Kpah dalam kariernya dan percaya pertembungan final kali ini akan lebih dramatik berdepan JDT selepas ini.
“Ia akan menjadi perlawanan final yang menarik untuk kita saksikan sebab dah lebih 10 tahun Sri Pahang tidak ke final, dan saya percaya kejayaan kami di separuh akhir adalah kejayaan satu pasukan, bukan individu.
“Saya pernah ke final Piala FA ketika beraksi bersama Terengganu FC, tetapi masih belum merasa untuk final Piala Malaysia, jadi inilah masanya untuk saya raih pengalaman dan gembira dapat bantu pasukan ke perlawanan akhir”, katanya.
Untuk rekod, kali terakhir Sri Pahang melangkah ke final Unifi Piala Malaysia adalah pada musim 2014 yang mana ketika itu mereka berjaya menewaskan lawan sama, JDT pada penentuan sepakan penalti.
See TranslationPerebutan slot ke pentas final telah terjawab selepas JDT menewaskan Terengganu FC dengan aggregat 6-1 manakala Sri Pahang FC pula menang dalam pertarungan sengit ke atas Sabah FC dengan keputusan 3-2 pada minggu lalu di pusingan separuh akhir.
Ini merupakan final yang ketujuh buat skuad kendalian Hector Bidoglio yang kali pertama memenangi trofi berprestij ini pada musim 2017 dan sudah tentu misi mereka adalah untuk terus menjuarai kejohanan ini buat kali kelima.
Heberty Fernandes antara wira pasukan JDT yang berjaya meledak dua gol berharga pada aksi timbal balik separuh akhir di laman sendiri seterusnye menoktahkan kemenangan mereka untuk mara ke final.
“Saya gembira dengan apa yang telah diraih oleh pasukan ini dan sudah tentu puas hati dapat tolong pasukan untuk memastikan kami ke pentas final.
“Sekali lagi kami ke final dan pencapaian ini membuktikan usaha keras kami selama ini, jadi bagi saya, kami harus meneruskan semangat seperti ini tidak kira dalam pertandingan apa sekalipun”, katanya.
Sementara itu, kapten Sri Pahang FC, Kpah Sherman mengakui perjalanan mereka di pentas Unifi Piala Malaysia bukan mudah dan dapat menjadi sebahagian daripada sejarah itu untuk membawa pasukan ke final selepas 11 tahun cukup bermakna buatnya.
Bahkan, ini merupakan final Piala Malaysia yang pertama buat Kpah dalam kariernya dan percaya pertembungan final kali ini akan lebih dramatik berdepan JDT selepas ini.
“Ia akan menjadi perlawanan final yang menarik untuk kita saksikan sebab dah lebih 10 tahun Sri Pahang tidak ke final, dan saya percaya kejayaan kami di separuh akhir adalah kejayaan satu pasukan, bukan individu.
“Saya pernah ke final Piala FA ketika beraksi bersama Terengganu FC, tetapi masih belum merasa untuk final Piala Malaysia, jadi inilah masanya untuk saya raih pengalaman dan gembira dapat bantu pasukan ke perlawanan akhir”, katanya.
Untuk rekod, kali terakhir Sri Pahang melangkah ke final Unifi Piala Malaysia adalah pada musim 2014 yang mana ketika itu mereka berjaya menewaskan lawan sama, JDT pada penentuan sepakan penalti.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |