PIALA MFL: JDT II, SELANGOR FC FOKUS TAMPIL AKSI LEBIH KONSISTEN
Saingan perebutan kejuaraan Piala MFL terus sengit apabila dua pasukan teratas Johor Darul Ta'zim (JDT) II dan Selangor FC masing-masing meraih kemenangan minggu ini.
JDT II terus kekal mengungguli carta Piala MFL selepas menumpaskan Perak FC II dengan keputusan 4-0 dalam aksi pusingan ke-20, di Stadium Majlis Perbandaran Manjung.
Pengendalinya, Juan Miguel Munoz Rodriguez tampak lega dan meluahkan rasa berpuas hati atas kemenangan yang dicapai anak-anak buahnya pada Selasa lalu.
Menurut Juan, kebangkitan pada separuh masa kedua perlawanan itu amat mempengaruhi pasukan untuk meraih empat jaringan keseluruhan pada perlawanan menentang The Bos Gaurus di tempat lawan.
“Permainan yang bagus telah dipamerkan oleh pasukan ini. Saya rasa kami bermain sangat baik pada separuh masa pertama tetapi hanya berjaya menjaringkan satu gol.
"Kemudian pada separuh masa kedua kami lebih bermotivasi dan mengambil risiko, sejurus berjaya menjaringkan tiga gol. Kami akan terus bekerja keras dan percaya pada diri sendiri untuk terus mengejar kemenangan demi kemenangan," ujar Juan.
Sementara itu, jurulatih Selangor FC Abdifitaah Hassan turut memberi penghargaan kepada pasukannya yang bertungkus lumus dalam menundukkan Terengganu FC II pada aksi Piala MFL yang berlangsung semalam.
Menurutnya, keputusan 2-1 yang terhasil di Stadium UiTM, Shah Alam itu amat berharga kerana Sang Penyu juga memberi cabaran besar kepada pasukannya, tambahan lagi dengan tekanan bermain selepas hujan.
"Perlawanan semalam amat berintensiti tinggi terutama selepas rehat kerana hujan yang lebat. Saya tidak begitu gembira dengan persembahan separuh masa pertama di mana pemain kurang berani mengambil risiko.
"Namun, permainan kembali bertukar selepas tempoh rehat dan mereka bermain seperti sediakala. Saya juga sangat gembira dengan Rohisham Haiqal kerana dia berjaya menjaringkan gol untuk menjadikan kedudukan 2-1," menurut Abdifitaah.
Skuad JDT II kini berjaya mengutip 41 mata dalam keseluruhan 19 perlawanan Piala MFL sekali gus meletakkan mereka gah di carta, disusuli dengan Selangor FC yang hanya kurang satu mata dari JDT II (40 mata) dalam 18 perlawanan yang telah dilalui.
See TranslationJDT II terus kekal mengungguli carta Piala MFL selepas menumpaskan Perak FC II dengan keputusan 4-0 dalam aksi pusingan ke-20, di Stadium Majlis Perbandaran Manjung.

All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |