JDT LEBIH BERHATI-HATI BERDEPAN TERENGGANU FC
Tonggak Johor Darul Ta’zim (JDT), Juan Muniz mengakui aksi pertama separuh akhir Unifi Piala Malaysia di tempat lawan tidak mudah dan perlu bekerja keras untuk raih bekalan selesa.
Kehangatan Unifi Piala Malaysia semakin dirasai dengan perebutan 4 pasukan bagi memburu slot ke pentas final musim ini menyaksikan JDT bakal berkunjung ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) menentang Terengganu FC, Jumaat ini.
Muniz bagaimanapun menganggap pertembungan di separuh akhir ini pasti sukar sambil menyifatkan Terengganu FC kini dalam momentum yang baik terutamanya selepas kemenangan mereka di saingan Kejohanan Kelab ASEAN minggu lalu.
Justeru, amat penting untuk JDT mendapatkan keputusan yang lebih selesa dan kini lebih berhati-hati agar tidak melakukan kesilapan mudah sepertimana aksi separuh masa pertama Liga Super menentang Sabah FC, minggu lalu.
“Kita semua tahu Terengganu FC ada ramai pemain-pemain yang bagus apatah lagi sekarang momentum mereka di tahap yang selesa selepas menang di kejohanan antarabangsa.
“Jadi saya percaya perlawanan ini akan lebih sukar berbanding aksi Liga Super dengan kelebihan Terengganu sudah tentu beraksi di tempat mereka sendiri.
“Memang sentiasa sukar beraksi di sana (SSMZA), tetapi kami ingin cuba ambil peluang seawal separuh masa pertama dan kita akan berjuang sehingga ke final”, jelasnya.
Selain pertembungan dua finalis musim 2023 ini, satu lagi perlawanan separuh akhir menyaksikan Sabah FC yang bakal menerima kunjungan Sri Pahang FC pada Sabtu ini.
See TranslationKehangatan Unifi Piala Malaysia semakin dirasai dengan perebutan 4 pasukan bagi memburu slot ke pentas final musim ini menyaksikan JDT bakal berkunjung ke Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) menentang Terengganu FC, Jumaat ini.
Muniz bagaimanapun menganggap pertembungan di separuh akhir ini pasti sukar sambil menyifatkan Terengganu FC kini dalam momentum yang baik terutamanya selepas kemenangan mereka di saingan Kejohanan Kelab ASEAN minggu lalu.
Justeru, amat penting untuk JDT mendapatkan keputusan yang lebih selesa dan kini lebih berhati-hati agar tidak melakukan kesilapan mudah sepertimana aksi separuh masa pertama Liga Super menentang Sabah FC, minggu lalu.
“Kita semua tahu Terengganu FC ada ramai pemain-pemain yang bagus apatah lagi sekarang momentum mereka di tahap yang selesa selepas menang di kejohanan antarabangsa.
“Jadi saya percaya perlawanan ini akan lebih sukar berbanding aksi Liga Super dengan kelebihan Terengganu sudah tentu beraksi di tempat mereka sendiri.
“Memang sentiasa sukar beraksi di sana (SSMZA), tetapi kami ingin cuba ambil peluang seawal separuh masa pertama dan kita akan berjuang sehingga ke final”, jelasnya.
Selain pertembungan dua finalis musim 2023 ini, satu lagi perlawanan separuh akhir menyaksikan Sabah FC yang bakal menerima kunjungan Sri Pahang FC pada Sabtu ini.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |