PIALA MFL: PERTEMBUNGAN PENTING JDT II DAN SELANGOR FC
Perebutan kejuaraan Piala MFL musim ini terus sengit dengan dua pasukan teratas Johor Darul Ta'zim (JDT) II dan Selangor FC akan bertemu pada aksi pusingan 19 Piala MFL 2024-2025 pada 6 Januari depan di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang.
JDT II selaku pasukan naib juara pada musim lalu antara yang dilihat sedang giat mempertahankan kedudukan teratas liga manakala Selangor FC pula terus memberi tekanan di tangga kedua.
JDT II kini berjaya mengumpul 37 mata dalam keseluruhan 17 perlawanan, meletakkan mereka di tangga pertama selepas aksi pusingan 18 Piala MFL dan diikuti Selangor yang meraih 36 mata selepas 16 perlawanan.
Tambah membangkitkan motivasi JDT II adalah dengan peningkatan prestasi peledak utama Gabriel Nistelrooy Tamin yang kini gah selaku penjaring terbanyak Piala MFL dengan 16 gol setakat ini.
Bagaimanapun, JDT II yang dibimbing oleh Juan Miguel Munoz Rodriguez tidak boleh berada di zon selesa kerana Selangor FC kini sedang mengekori rapat dengan hanya ketinggalan satu mata selain kurang beraksi satu perlawanan berbanding JDT II.
Bagi pengendali Selangor FC, Abdifitaah Mohamed Hassan pasti melihat pertembungan ini peluang terbaik untuk mereka melonjak ke takhta liga selain menebus kekecewaan tewas kepada JDT II dengan keputusan 1-2 pada aksi di Stadium UiTM Shah Alam, 17 Oktober lalu.
Dua perlawanan lain juga turut berlangsung pada hari yang sama, iaitu Negeri Sembilan FC dan PDRM FC serta Sri Pahang FC bertemu dengan Perak FC II.
See TranslationJDT II selaku pasukan naib juara pada musim lalu antara yang dilihat sedang giat mempertahankan kedudukan teratas liga manakala Selangor FC pula terus memberi tekanan di tangga kedua.
JDT II kini berjaya mengumpul 37 mata dalam keseluruhan 17 perlawanan, meletakkan mereka di tangga pertama selepas aksi pusingan 18 Piala MFL dan diikuti Selangor yang meraih 36 mata selepas 16 perlawanan.
Tambah membangkitkan motivasi JDT II adalah dengan peningkatan prestasi peledak utama Gabriel Nistelrooy Tamin yang kini gah selaku penjaring terbanyak Piala MFL dengan 16 gol setakat ini.
Bagaimanapun, JDT II yang dibimbing oleh Juan Miguel Munoz Rodriguez tidak boleh berada di zon selesa kerana Selangor FC kini sedang mengekori rapat dengan hanya ketinggalan satu mata selain kurang beraksi satu perlawanan berbanding JDT II.
Bagi pengendali Selangor FC, Abdifitaah Mohamed Hassan pasti melihat pertembungan ini peluang terbaik untuk mereka melonjak ke takhta liga selain menebus kekecewaan tewas kepada JDT II dengan keputusan 1-2 pada aksi di Stadium UiTM Shah Alam, 17 Oktober lalu.
Dua perlawanan lain juga turut berlangsung pada hari yang sama, iaitu Negeri Sembilan FC dan PDRM FC serta Sri Pahang FC bertemu dengan Perak FC II.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |