BINTANG SENSASI EPL, TRENT ALEXANDER ARNOLD PUJI SEPAKAN PERCUMA JUAN MUNIZ
Bintang sensasi Liga Perdana Inggeris, Trent Alexander Arnold terpegun dengan lima gol yang dihasilkan dalam saingan Liga Super Malaysia musim ini.
Dalam satu temu bual bersama Stadium Astro, Trent tampil berkongsi pandangannya mengenai jaringan-jaringan yang dijaringkan Manuel Hidalgo (Sri Pahang FC), Safawi Rasid (Terengganu FC), Juan Muniz (Johor Darul Ta'zim), Luciano Guaycochea (Perak FC) dan Paulo Josue (Kuala Lumpur City).
Trent yang terkenal dengan kelebihan mengambil sepakan percuma menjelaskan bahawa jaringan sepakan percuma ini bukan hanya melibatkan aspek kekuatan namun ia turut mengambil kira seni dan juga ketepatan dalam sepakan.
Daripada kesemua lima gol itu, jaringan menerusi pemain tengah Harimau Selatan, Juan Muniz ketika perlawanan antara Johor Darul Ta'zim dan Kuala Lumpur City FC menjadi pilihan Trent sebagai jaringan terbaik. Trent teruja dengan keyakinan yang dimiliki Juan Muniz kerana dia menganggap situasi ketika mengambil sepakan percuma itu sememangnya sukar.
Untuk rekod, Juan Muniz kini merekodkan tiga gol dalam saingan Liga Super, satu di Unifi Piala Malaysia dan lima jaringan di pentas Piala FA musim ini. Selain jaringan daripada Juan Muniz, gol sepakan percuma yang dihasilkan Safawi Rasid turut mencuri tumpuan pemain pertahanan Liverpool itu.
Apa yang lebih menarik, Trent juga terkejut apabila mendapat tahu bahawa pemain Perak FC, Luciano Guaycochea yang menjaringkan gol ketika berdepan PDRM FC itu adalah sepupu kepada rakan sepasukannya di Liverpool, Mac Allister.
See TranslationDalam satu temu bual bersama Stadium Astro, Trent tampil berkongsi pandangannya mengenai jaringan-jaringan yang dijaringkan Manuel Hidalgo (Sri Pahang FC), Safawi Rasid (Terengganu FC), Juan Muniz (Johor Darul Ta'zim), Luciano Guaycochea (Perak FC) dan Paulo Josue (Kuala Lumpur City).
Trent yang terkenal dengan kelebihan mengambil sepakan percuma menjelaskan bahawa jaringan sepakan percuma ini bukan hanya melibatkan aspek kekuatan namun ia turut mengambil kira seni dan juga ketepatan dalam sepakan.
Daripada kesemua lima gol itu, jaringan menerusi pemain tengah Harimau Selatan, Juan Muniz ketika perlawanan antara Johor Darul Ta'zim dan Kuala Lumpur City FC menjadi pilihan Trent sebagai jaringan terbaik. Trent teruja dengan keyakinan yang dimiliki Juan Muniz kerana dia menganggap situasi ketika mengambil sepakan percuma itu sememangnya sukar.
Untuk rekod, Juan Muniz kini merekodkan tiga gol dalam saingan Liga Super, satu di Unifi Piala Malaysia dan lima jaringan di pentas Piala FA musim ini. Selain jaringan daripada Juan Muniz, gol sepakan percuma yang dihasilkan Safawi Rasid turut mencuri tumpuan pemain pertahanan Liverpool itu.
Apa yang lebih menarik, Trent juga terkejut apabila mendapat tahu bahawa pemain Perak FC, Luciano Guaycochea yang menjaringkan gol ketika berdepan PDRM FC itu adalah sepupu kepada rakan sepasukannya di Liverpool, Mac Allister.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |