UNIFI PIALA MALAYSIA : FANDI AHMAD MAHU PEMAIN SEDAR TAHAP INTENSITI AKSI SEPARUH AKHIR
Pasukan Sri Pahang FC berjaya mengesahkan slot separuh akhir Unifi Piala Malaysia 2024-2025 selepas menewaskan Perak FC dengan agregat 4-3 pada perlawanan suku akhir kedua yang berakhir semalam.
Namun, ketua jurulatih Sri Pahang FC Fandi Ahmad tetap meluahkan rasa kesal dan tidak berpuas hati akan prestasi anak buahnya yang dilihat tidak cukup berdisiplin di atas padang.
Menurutnya, keputusan seri 3-3 pada aksi suku akhir kedua semalam terhasil akibat konsentrasi yang tidak baik oleh para pemain sekali gus menjadikan mereka tercicir beberapa peluang jaringan yang sepatutnya diraih.
"Kita sepatutnya boleh menjaringkan gol dengan lebih banyak tetapi akibat disiplin pemain yang kurang baik, maka terhasil keputusan seri ini," ujar Fandi Ahmad.
Dengan harapan baharu menjelang perlawanan separuh akhir itu nanti, jurulatih kelahiran Singapura itu berharap agar anak buahnya segera sedar dari mimpi dan memandang berat akan cabaran yang perlu dilalui pada aksi seterusnya.
"Mudah-mudahan mereka segera ubah pemikiran dan akan lebih berdisiplin untuk perlawanan seterusnya ini. Kita tidak sepatutnya melakukan kesilapan mudah di hadapan gawang.
"Kita juga masih menunggu siapa lawan kita untuk aksi separuh akhir nanti, tetapi kita akan lebih bersungguh-sungguh dan meletakkan sasaran untuk ke final Unifi Piala Malaysia.
"Sri Pahang sudah lama tidak merasa pentas final, jadi kita harap ada kebaikan buat pasukan ini", tambah Fandi Ahmad.
Untuk rekod, kali terakhir skuad Tok Gajah berjaya menjejakkan kaki di pentas final Piala Malaysia adalah pada tahun 2014, di mana mereka menang keatas Johor Darul Ta'zim (JDT) menerusi sepakan penalti (5-3) selepas perlawanan berakhir seri 2-2.
Jadi musim ini, perjalanan mereka ke final Unifi Piala Malaysia 2024-2025 masih kurang jelas apabila dua perlawanan separuh akhir akan menjadi cabaran utama Tok Gajah, sama ada bertemu pasukan Sabah FC atau Kuching City FC.
#UnifiPialaMalaysia2024-25 #DemiLigaKita #LigaMalaysia
See TranslationNamun, ketua jurulatih Sri Pahang FC Fandi Ahmad tetap meluahkan rasa kesal dan tidak berpuas hati akan prestasi anak buahnya yang dilihat tidak cukup berdisiplin di atas padang.
Menurutnya, keputusan seri 3-3 pada aksi suku akhir kedua semalam terhasil akibat konsentrasi yang tidak baik oleh para pemain sekali gus menjadikan mereka tercicir beberapa peluang jaringan yang sepatutnya diraih.
"Kita sepatutnya boleh menjaringkan gol dengan lebih banyak tetapi akibat disiplin pemain yang kurang baik, maka terhasil keputusan seri ini," ujar Fandi Ahmad.
Dengan harapan baharu menjelang perlawanan separuh akhir itu nanti, jurulatih kelahiran Singapura itu berharap agar anak buahnya segera sedar dari mimpi dan memandang berat akan cabaran yang perlu dilalui pada aksi seterusnya.
"Mudah-mudahan mereka segera ubah pemikiran dan akan lebih berdisiplin untuk perlawanan seterusnya ini. Kita tidak sepatutnya melakukan kesilapan mudah di hadapan gawang.
"Kita juga masih menunggu siapa lawan kita untuk aksi separuh akhir nanti, tetapi kita akan lebih bersungguh-sungguh dan meletakkan sasaran untuk ke final Unifi Piala Malaysia.
"Sri Pahang sudah lama tidak merasa pentas final, jadi kita harap ada kebaikan buat pasukan ini", tambah Fandi Ahmad.
Untuk rekod, kali terakhir skuad Tok Gajah berjaya menjejakkan kaki di pentas final Piala Malaysia adalah pada tahun 2014, di mana mereka menang keatas Johor Darul Ta'zim (JDT) menerusi sepakan penalti (5-3) selepas perlawanan berakhir seri 2-2.
Jadi musim ini, perjalanan mereka ke final Unifi Piala Malaysia 2024-2025 masih kurang jelas apabila dua perlawanan separuh akhir akan menjadi cabaran utama Tok Gajah, sama ada bertemu pasukan Sabah FC atau Kuching City FC.
#UnifiPialaMalaysia2024-25 #DemiLigaKita #LigaMalaysia
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |