BENGKEL PENDIDIKAN KEJURULATIHAN BOLA SEPAK BERTARAF DUNIA MELALUI KERJASAMA ANTARA LALIGA & MFL
Bengkel kejurulatihan akademi antara LALIGA dan MFL buat kali pertama telah dianjurkan. LALIGA telah berkongsi pengetahuan dan pengalaman kepada 22 orang jurulatih akademi daripada Liga Malaysia. Jurulatih-jurulatih ini telah menghadiri satu sesi khas yang dibahagikan kepada dua skop pembelajaran, iaitu metodologi dan alat intervensi, di mana teras metodologi LALIGA sendiri dan alat latihan sepertimodel periodisasi atau sistem untuk memantau perkembangan pemain telah diperkenalkan. Seorang jurulatih LALIGA dari ibu pejabat LALIGA di Madrid telah hadir untuk memberikan latihan ini dan menerangkan Model Permainan LALIGA serta konsep-konsep utama berdasarkan profil pemain LALIGA.
Sejak tahun 2015, LALIGA telah menganjurkan lebih daripada 830 projek sukan antarabangsa di 57 buah negara, di mana lebih daripada 240,000 pemain telah dilatih. Di samping itu, perhatian khas juga diberikan kepada jurulatih tempatan dalam projek antarabangsa, di mana lebih daripada 25,000 jurulatih tempatan telah dilatih dalam pelbagai projek di bawah Metodologi LALIGA, yang fokus kepada latihan menyeluruh untuk para pemain. Banyak persekutuan, liga, dan kelab telah melaksanakan projek latihan bersama LALIGA dan kini MFL turut menyertai mereka.
LALIGA telah memberikan tumpuan khas kepada pembangunan bola sepak belia di Malaysia yang mana akademinya terletak di EPSON College. LA LIGA turut mengekalkan kerjasama bersama sebuahkelab bola sepak di Malaysia iaitu Hijau Kuning FC, yang terletak di Kedah bagi menyokong pembangunan melalui struktur bola sepak belia. Selain itu, LALIGA turut mempromosikan pertandingan seperti LALIGA Youth Tournament dan LALIGA Youth League yang membantu mempamerkan dan mengembangkan bakat-bakat di Malaysia.
"Bola sepak belia Sepanyol sangat dihargai di peringkat antarabangsa, khususnya oleh jurulatih-jurulatih. LALIGA, sebagai sebuah organisasi yang mempunyai lebih daripada 8 tahun pengalaman dalam pembangunan projek sukan antarabangsa, bakal membantu untuk membawa perspektif baru di peringkat tempatan dengan memperkayakan pembangunan struktur bola sepak belia. Di Malaysia, kami telah mempunyai pelbagai projek kerana kami percaya bakat Malaysia mempunyai potensi yang sangat besar dan bola sepak mereka akan berkembang dengan pesat dalam beberapa tahun akan datang. Jadi, kerjasama ini adalah langkah yang sangat baik untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan MFL," ujar Adrian Prol, wakil Delegasi LALIGA di Malaysia.
“Hubungan kerjasama MFL dan LaLiga sudah lama terjalin sejak 2018 di mana pelbagai aktiviti telah diadakan bersama khususnya dalam perkongsian kepakaran dalam bidang pengurusan bola sepak sebelum ini. Dan saya percaya, bengkel pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi melibatkan jurulatih-jurulatih akademi Liga Malaysia bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara kedua-dua organisasi ini malah ia bakal memberikan manfaat kepada peserta yang hadir. Ini kerana kepakaran dan pengalaman yang dimiliki LaLiga dalam membangunkan pemain-pemain muda khususnya dalam menggunakan teknologi dan kaedah terbaru bola sepak moden sudah terbukti dengan pelbagai kejayaan di pentas antarabangsa jadi adalah sesuatu yang baik buat jurulatih tempatan untuk menimba sedikit sebanyak ilmu daripada jurulatih dari LaLiga dalam bengkel ini" kata Giorgio Pompili Rossi, Ketua Pegawai Eksekutif MFL.
Kejayaan hebat bola sepak Sepanyol baru-baru ini yang menjuarai kejohanan Euro 2024 dan pingat emas bola sepak lelaki di Sukan Olimpik serta pelbagai kejuaraan yang dimenangi oleh pasukan wanita musim ini, menunjukkan kekuatan bola sepak Sepanyol. Di kejohanan Euro 2024 khusunya, 25 daripada 26 pemain adalah berasal daripada pasukanbelia dari 11 kelab LALIGA yang berbeza, termasukLALIGA EA SPORTS dan LALIGA HYPERMOTION. Ini merupakan satu petunjuk jelas tentang bakat-bakat yang dihasilkan oleh akademi-akademi di Sepanyol setiap tahun untuk melahirkan bintang-bintang terkenal ke luar negara. Ini adalah hasil daripada kerja keras yang telah dilakukan selama bertahun-tahun di peringkat akar umbi dan akademi belia kelab-kelab LALIGA.
Mengenai LALIGA
LALIGA is the largest football ecosystem in the world. It is a private sports association composed of the 20 public limited sports companies (SADs) and clubs of LALIGA EA SPORTS and the 22 of LALIGA HYPERMOTION, and is responsible for organising professional football competitions in Spain. LALIGA has over 230 million followers globally across social networks, on 16 platforms and in 20 different languages. With its headquarters in Madrid (Spain) it has the most extensive international network of any sports property and is present in 34 countries through 11 offices. The organisation carries out its social work through its FOUNDATION and was the world's first professional football league to establish a league for intellectually challenged footballers: LALIGA GENUINE.
Mengenai Malaysian Football League (MFL)
Ditubuhkan pada 2015, Malaysian Football League (MFL) mengendalikan dan mengkomersialkan peringkat tertinggi bola sepak profesional Malaysia, yang merangkumi Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, Piala Cabaran MFL, Piala MFL dan Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Perlawanan Sumbangsih), dengan lebih 376 perlawanan dan jumlah rangkaian penonton secara langsung tertinggi bagi 220 perlawanan dalam sukan Malaysia. Dengan visi untuk menjadikan bola sepak sebagai kebanggaan negara, usaha MFL untuk mengubah bola sepak Malaysia tertumpu kepada empat kunci utama; perlawanan kompetitif dalam semua pertandingan, pertumbuhan komersial yang positif, perkongsian kukuh dengan pihak berkepentingan dan peningkatan profesionalisme serta integriti dalam pengurusan pasukan dan liga.
Muat turun untuk versi Bahasa Inggeris
https://files.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2024/11/World-class-football-coaching-education-in-fruitful-collaboration-between-LALIGA-MFL.pdf
See TranslationSejak tahun 2015, LALIGA telah menganjurkan lebih daripada 830 projek sukan antarabangsa di 57 buah negara, di mana lebih daripada 240,000 pemain telah dilatih. Di samping itu, perhatian khas juga diberikan kepada jurulatih tempatan dalam projek antarabangsa, di mana lebih daripada 25,000 jurulatih tempatan telah dilatih dalam pelbagai projek di bawah Metodologi LALIGA, yang fokus kepada latihan menyeluruh untuk para pemain. Banyak persekutuan, liga, dan kelab telah melaksanakan projek latihan bersama LALIGA dan kini MFL turut menyertai mereka.
LALIGA telah memberikan tumpuan khas kepada pembangunan bola sepak belia di Malaysia yang mana akademinya terletak di EPSON College. LA LIGA turut mengekalkan kerjasama bersama sebuahkelab bola sepak di Malaysia iaitu Hijau Kuning FC, yang terletak di Kedah bagi menyokong pembangunan melalui struktur bola sepak belia. Selain itu, LALIGA turut mempromosikan pertandingan seperti LALIGA Youth Tournament dan LALIGA Youth League yang membantu mempamerkan dan mengembangkan bakat-bakat di Malaysia.
"Bola sepak belia Sepanyol sangat dihargai di peringkat antarabangsa, khususnya oleh jurulatih-jurulatih. LALIGA, sebagai sebuah organisasi yang mempunyai lebih daripada 8 tahun pengalaman dalam pembangunan projek sukan antarabangsa, bakal membantu untuk membawa perspektif baru di peringkat tempatan dengan memperkayakan pembangunan struktur bola sepak belia. Di Malaysia, kami telah mempunyai pelbagai projek kerana kami percaya bakat Malaysia mempunyai potensi yang sangat besar dan bola sepak mereka akan berkembang dengan pesat dalam beberapa tahun akan datang. Jadi, kerjasama ini adalah langkah yang sangat baik untuk mengukuhkan lagi hubungan dengan MFL," ujar Adrian Prol, wakil Delegasi LALIGA di Malaysia.
“Hubungan kerjasama MFL dan LaLiga sudah lama terjalin sejak 2018 di mana pelbagai aktiviti telah diadakan bersama khususnya dalam perkongsian kepakaran dalam bidang pengurusan bola sepak sebelum ini. Dan saya percaya, bengkel pembangunan bola sepak di peringkat akar umbi melibatkan jurulatih-jurulatih akademi Liga Malaysia bukan sahaja dapat mengeratkan hubungan antara kedua-dua organisasi ini malah ia bakal memberikan manfaat kepada peserta yang hadir. Ini kerana kepakaran dan pengalaman yang dimiliki LaLiga dalam membangunkan pemain-pemain muda khususnya dalam menggunakan teknologi dan kaedah terbaru bola sepak moden sudah terbukti dengan pelbagai kejayaan di pentas antarabangsa jadi adalah sesuatu yang baik buat jurulatih tempatan untuk menimba sedikit sebanyak ilmu daripada jurulatih dari LaLiga dalam bengkel ini" kata Giorgio Pompili Rossi, Ketua Pegawai Eksekutif MFL.
Kejayaan hebat bola sepak Sepanyol baru-baru ini yang menjuarai kejohanan Euro 2024 dan pingat emas bola sepak lelaki di Sukan Olimpik serta pelbagai kejuaraan yang dimenangi oleh pasukan wanita musim ini, menunjukkan kekuatan bola sepak Sepanyol. Di kejohanan Euro 2024 khusunya, 25 daripada 26 pemain adalah berasal daripada pasukanbelia dari 11 kelab LALIGA yang berbeza, termasukLALIGA EA SPORTS dan LALIGA HYPERMOTION. Ini merupakan satu petunjuk jelas tentang bakat-bakat yang dihasilkan oleh akademi-akademi di Sepanyol setiap tahun untuk melahirkan bintang-bintang terkenal ke luar negara. Ini adalah hasil daripada kerja keras yang telah dilakukan selama bertahun-tahun di peringkat akar umbi dan akademi belia kelab-kelab LALIGA.
Mengenai LALIGA
LALIGA is the largest football ecosystem in the world. It is a private sports association composed of the 20 public limited sports companies (SADs) and clubs of LALIGA EA SPORTS and the 22 of LALIGA HYPERMOTION, and is responsible for organising professional football competitions in Spain. LALIGA has over 230 million followers globally across social networks, on 16 platforms and in 20 different languages. With its headquarters in Madrid (Spain) it has the most extensive international network of any sports property and is present in 34 countries through 11 offices. The organisation carries out its social work through its FOUNDATION and was the world's first professional football league to establish a league for intellectually challenged footballers: LALIGA GENUINE.
Mengenai Malaysian Football League (MFL)
Ditubuhkan pada 2015, Malaysian Football League (MFL) mengendalikan dan mengkomersialkan peringkat tertinggi bola sepak profesional Malaysia, yang merangkumi Liga Super, Piala FA, Piala Malaysia, Piala Cabaran MFL, Piala MFL dan Piala Sultan Haji Ahmad Shah (Perlawanan Sumbangsih), dengan lebih 376 perlawanan dan jumlah rangkaian penonton secara langsung tertinggi bagi 220 perlawanan dalam sukan Malaysia. Dengan visi untuk menjadikan bola sepak sebagai kebanggaan negara, usaha MFL untuk mengubah bola sepak Malaysia tertumpu kepada empat kunci utama; perlawanan kompetitif dalam semua pertandingan, pertumbuhan komersial yang positif, perkongsian kukuh dengan pihak berkepentingan dan peningkatan profesionalisme serta integriti dalam pengurusan pasukan dan liga.
Muat turun untuk versi Bahasa Inggeris
https://files.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2024/11/World-class-football-coaching-education-in-fruitful-collaboration-between-LALIGA-MFL.pdf
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |