SHIVAN PILLAY INTAI MISI LEBIH BESAR DI UNIFI PIALA MALAYSIA 2024-2025
Tonggak pertahanan Perak FC, Shivan Pillay sudah tidak sabar untuk mengharungi kempen Unifi Piala Malaysia 2024-2025 yang bakal bermula menentang Kelantan Darul Naim FC, Jumaat ini.
Melihat kepada prestasi semasa pasukan, pemain berusia 23 tahun itu mahu Perak FC mengulangi pencapaian terbaik pasukan di pentas Piala Malaysia edisi ke-98 kali ini. Dengan komitmen dan kesungguhan rakan sepasukan, Shivan yakin skuad kendalian Yusri Che Lah bakal menjadi pencabar hebat kepada pasukan-pasukan lain.
"Untuk Piala Malaysia, tahun lepas kami mara hingga separuh akhir. Sudah tentu musim ini Perak FC sekurang-kurangnya mahu melepasi pusingan separuh akhir dan beraksi lebih baik.”
“Kempen Liga Super dan Piala Malaysia itu berbeza, dari segi format dan sebagainya. Kita akan buat yang terbaik dan mengharapkan untuk mara lebih jauh, ujar Shivan.
Dalam pada itu, Shivan melihat banyak sisi positif pasukan Perak ketika berdepan Johor Darul Ta’zim baru-baru ini. Biarpun pasukannya tewas, usaha dan kesungguhan rakan sepasukan amat baik sambil mengharapkan semangat tidak mudah mengalah itu dapat diteruskan.
“Bagi saya di separuh masa kedua kita berjaya tunjukkan yang kita mampu bersaing dengan JDT. Mereka bermain dengan bagus dan saya bangga dengan rakan sepasukan," ujar Shivan.
"Dalam pasukan ada banyak penambahbaikkan. Dari perlawanan pertama di awal musim hingga sekarang, kita sentiasa bekerja keras untuk berada di kedudukan terbaik dan selepas ini kita lihat peluang di pentas Piala Malaysia pula."
16 kelab terbaik akan berentap bagi merebut piala berprestij di Malaysia dan Perak FC telah diundi berdepan Kelantan Darul Naim FC untuk aksi pusingan 16 Unifi Piala Malaysia 2024-2025.
Format saingan Unifi Piala Malaysia 2024-2025 sama seperti edisi sebelum ini, aksi pusingan 16, suku akhir dan separuh akhir akan dimainkan secara timbal balik. Mengikut perancangan awal, perlawanan pertama pusingan 16 Unifi Piala Malaysia dijangka bermula pada 20 November 2024.
See TranslationMelihat kepada prestasi semasa pasukan, pemain berusia 23 tahun itu mahu Perak FC mengulangi pencapaian terbaik pasukan di pentas Piala Malaysia edisi ke-98 kali ini. Dengan komitmen dan kesungguhan rakan sepasukan, Shivan yakin skuad kendalian Yusri Che Lah bakal menjadi pencabar hebat kepada pasukan-pasukan lain.
"Untuk Piala Malaysia, tahun lepas kami mara hingga separuh akhir. Sudah tentu musim ini Perak FC sekurang-kurangnya mahu melepasi pusingan separuh akhir dan beraksi lebih baik.”
“Kempen Liga Super dan Piala Malaysia itu berbeza, dari segi format dan sebagainya. Kita akan buat yang terbaik dan mengharapkan untuk mara lebih jauh, ujar Shivan.
Dalam pada itu, Shivan melihat banyak sisi positif pasukan Perak ketika berdepan Johor Darul Ta’zim baru-baru ini. Biarpun pasukannya tewas, usaha dan kesungguhan rakan sepasukan amat baik sambil mengharapkan semangat tidak mudah mengalah itu dapat diteruskan.
“Bagi saya di separuh masa kedua kita berjaya tunjukkan yang kita mampu bersaing dengan JDT. Mereka bermain dengan bagus dan saya bangga dengan rakan sepasukan," ujar Shivan.
"Dalam pasukan ada banyak penambahbaikkan. Dari perlawanan pertama di awal musim hingga sekarang, kita sentiasa bekerja keras untuk berada di kedudukan terbaik dan selepas ini kita lihat peluang di pentas Piala Malaysia pula."
16 kelab terbaik akan berentap bagi merebut piala berprestij di Malaysia dan Perak FC telah diundi berdepan Kelantan Darul Naim FC untuk aksi pusingan 16 Unifi Piala Malaysia 2024-2025.
Format saingan Unifi Piala Malaysia 2024-2025 sama seperti edisi sebelum ini, aksi pusingan 16, suku akhir dan separuh akhir akan dimainkan secara timbal balik. Mengikut perancangan awal, perlawanan pertama pusingan 16 Unifi Piala Malaysia dijangka bermula pada 20 November 2024.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |