KEMASKINI JADUAL LIGA MALAYSIA 2024-2025
Malaysian Football League (MFL) telah mengemaskini baki jadual Liga Malaysia 2024-2025 melibatkan saingan Liga Super, Unifi Piala Malaysia dan MFL Challenge Cup yang akan bermula pada 20 November 2024 sehingga April 2025.
Jadual ini turut menyaksikan baki perlawanan Liga Super yang bermula pada 4 Disember dan aksi suku akhir Unifi Piala Malaysia akan berlangsung ketika kejohanan Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 berjalan iaitu pada 8 Disember 2024 sehingga 5 Januari 2025.
Aksi Liga Malaysia musim ini tetap diteruskan pada bulan Disember untuk memastikan saingan Liga Malaysia dapat ditamatkan mengikut jadual pada April 2025 bagi mengelakkan sebarang isu kontrak pemain sekiranya saingan Liga Malaysia berakhir lewat sekali gus akan menambah beban kewangan tambahan kepada kelab-kelab.
Bagaimanapun MFL juga telah mengadakan perbincangan bersama FAM untuk menyokong persiapan skuad Harimau Malaya menghadapi kejohanan Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 di mana MFL akan membantu dari segi penyusunan jadual buat kelab-kelab yang akan melepaskan pemain menyertai Harimau Malaya.
Perancangan jadual saingan Liga Malaysia musim ini juga turut mengambil kira tarikh-tarikh kejohanan dan perlawanan antarabangsa melibatkan FIFA Days, Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25, Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2024/25 dan Asean Club Championship (ACC).
Selain itu, penutupan beberapa venue disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan serta naik taraf dan tidak dapat digunakan oleh Pasukan Tuan Rumah (PTR) turut menjadi faktor dalam penyusunan baki jadual saingan Liga Malaysia musim ini.
Stadium-stadium yang terlibat adalah Stadium Majlis Perbandaran Selayang (dari 4 November 2024 hingga 24 Disember 2024), Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu (dari September 2024 hingga Disember 2024), Stadium Perak, Ipoh (dari November 2024 hingga April 2025) dan Stadium Likas, Kota Kinabalu (dari 23 November 2024 hingga 1 Disember 2024).
Muat Turun untuk versi Bahasa Inggeris
https://files.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2024/11/Update-Liga-Malaysia-2024-25-Fixtures.pdf
Muat Turun Jadual Liga Super 2024-25
https://files.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2024/11/Jadual-Liga-Super-2024-25-LS14-LS26-12112024.pdf
Muat Turun Jadual Piala Malaysia
https://files.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2024/11/Jadual-Piala-Malaysia-2024-25-R16-12-12112024.pdf
See TranslationJadual ini turut menyaksikan baki perlawanan Liga Super yang bermula pada 4 Disember dan aksi suku akhir Unifi Piala Malaysia akan berlangsung ketika kejohanan Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 berjalan iaitu pada 8 Disember 2024 sehingga 5 Januari 2025.
Aksi Liga Malaysia musim ini tetap diteruskan pada bulan Disember untuk memastikan saingan Liga Malaysia dapat ditamatkan mengikut jadual pada April 2025 bagi mengelakkan sebarang isu kontrak pemain sekiranya saingan Liga Malaysia berakhir lewat sekali gus akan menambah beban kewangan tambahan kepada kelab-kelab.
Bagaimanapun MFL juga telah mengadakan perbincangan bersama FAM untuk menyokong persiapan skuad Harimau Malaya menghadapi kejohanan Piala Mitsubishi Electric ASEAN 2024 di mana MFL akan membantu dari segi penyusunan jadual buat kelab-kelab yang akan melepaskan pemain menyertai Harimau Malaya.
Perancangan jadual saingan Liga Malaysia musim ini juga turut mengambil kira tarikh-tarikh kejohanan dan perlawanan antarabangsa melibatkan FIFA Days, Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) 2024/25, Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2024/25 dan Asean Club Championship (ACC).
Selain itu, penutupan beberapa venue disebabkan kerja-kerja penyelenggaraan serta naik taraf dan tidak dapat digunakan oleh Pasukan Tuan Rumah (PTR) turut menjadi faktor dalam penyusunan baki jadual saingan Liga Malaysia musim ini.
Stadium-stadium yang terlibat adalah Stadium Majlis Perbandaran Selayang (dari 4 November 2024 hingga 24 Disember 2024), Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu (dari September 2024 hingga Disember 2024), Stadium Perak, Ipoh (dari November 2024 hingga April 2025) dan Stadium Likas, Kota Kinabalu (dari 23 November 2024 hingga 1 Disember 2024).
Muat Turun untuk versi Bahasa Inggeris
https://files.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2024/11/Update-Liga-Malaysia-2024-25-Fixtures.pdf
Muat Turun Jadual Liga Super 2024-25
https://files.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2024/11/Jadual-Liga-Super-2024-25-LS14-LS26-12112024.pdf
Muat Turun Jadual Piala Malaysia
https://files.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2024/11/Jadual-Piala-Malaysia-2024-25-R16-12-12112024.pdf
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |