SELANGOR FC, JDT II & KDN FC BERSAING HEBAT REBUT POSISI PERTAMA PIALA MFL 2024-2025
Ketua jurulatih Selangor FC, Shaiful Nizam menghargai kesungguhan para pemainnya dalam aksi Piala MFL 2024-2025 ketika menentang Kuching City FC pada Selasa.
Beraksi di laman lawan, Shaiful akui bukan mudah untuk pasukannya mencatat kemenangan dan menjaringkan gol apatah lagi turun beraksi dengan kekurangan pemain.
"Saya mahu ucapkan terima kasih kepada pemain-pemain saya yang memberikan komitmen seratus peratus."
"Biarpun dalam keadaan kita serba kekurangan dimana untuk aksi hari ini kita hanya mendaftar seramai 18 pemain. Ini kerana beberapa pemain yang lain pada saat akhir mengalami demam dan apendiks. Jadi kita terpaksa menggunakan pemain-pemain di bawah 18 tahun dan mereka ini membantu kita, kata Shaiful.
Beliau dalam pada itu bangga dengan persembahan yang ditampilkan pemain-pemain muda di Selangor FC dan menganggap mereka layak untuk mencapai kemenangan 5-0 mengatasi Kuching City FC pada semalam.
"Saya sangat gembira dengan perkembangan pemain-pemain muda yang menunjukkan komitmen yang tinggi untuk mencapai kemenangan hari ini."
Sementara ketua jurulatih Kelantan Darul Naim FC, Khairan Eroza Razali juga gembira apabila pasukan kendaliannya berjaya menewaskan Perak FC II.
Pada aksi yang berlangsung di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kelantan Darul Naim FC akhirnya berjaya mencatat tiga mata selepas tiga siri perlawanan sebelum ini.
"Syukur kita dapat memperolehi tiga mata yang kita cari selepas tiga perlawanan sebelum ini. Peluang itu pemain sudah usaha tapi rezeki kita biarpun satu gol saya tetap berpuas hati dengan semangat juang pemain-pemain Kelantan Darul Naim FC."
Khairan Eroza turut memuji disiplin yang dipamerkan barisan pertahanan apabila tidak mencatat bolos biarpun diasak pasukan lawan.
"Biasalah bola sepak, bila saat-saat akhir itu pasukan lawan pastinya menekan habis-habisan untuk mencari gol penyamaan. Tapi pertahanan kita dapat mengawal dengan baik untuk selamat dari dibolosi," ujar Khairan.
Dalam saingan Piala MFL 2024-2025 ketika ini, Selangor FC sedang menghuni kedudukan pertama dengan 27 mata berkongsi mata bersama Johor Darul Ta'zim II dengan Selangor FC berkelebihan satu perlawanan. Kelantan Darul Naim FC pula berada di tangga ketiga dengan 22 mata diraih selepas 12 perlawanan.
Selangor FC, Johor Darul Ta'zim II dan Kelantan Darul Naim FC kini sedang bersaing hebat bagi merebut posisi pertama dalam saingan Piala MFL 2024-2025.
See TranslationBeraksi di laman lawan, Shaiful akui bukan mudah untuk pasukannya mencatat kemenangan dan menjaringkan gol apatah lagi turun beraksi dengan kekurangan pemain.

All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |