VARIASI SERANGAN LONJAK KEDUDUKAN SABAH FC

Ketua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee memuji karakter dan persembahan yang ditampilkan pasukan Sabah FC selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam aksi Liga Super 2024-2025.
Pengendali berusia 53 tahun itu berpuas hati apabila pasukannya berjaya mengutip enam mata dalam dua aksi di laman lawan. Terdahulu, Sabah FC telah menewaskan Perak FC dengan keputusan 4-2 seterusnya mengatasi Penang FC dengan keputusan 4-0.
Mengulas berkaitan jaringan-jaringan yang dihasilkan dari luar kotak penalti, Ong Kim Swee menganggap perkara itu sebagai kelebihan yang perlu dimanfaatkan pasukan Sabah FC.
"Dalam bola sepak ini kadang kala kita merancang sesuatu tapi tidak berlaku dan apa yang kita lakukan ketika sesi latihan melibatkan semua aspek. Kali ini berlaku dimana banyak jaringan yang kita lakukan melalui sepakan dari luar kotak penalti."
"Jadi ini satu kelebihan buat pasukan Sabah dimana kita harus mempunyai pelbagai cara dan variasi untuk mendapatkan gol," ujar Ong Kim Swee.
Dalam pada itu, pengendali Sabah FC itu mahu anak buahnya sentiasa fokus untuk perlawanan akan datang dan mendapatkan rehat yang cukup untuk mengekalkan kecergasan.
"Kita tidak boleh mengambil mudah dengan mana-mana pasukan sekalipun kerana kalau kita ambil sikap yang tidak serius berkemungkinan perkara berbeza berlaku."
"Selepas ini kita kembali ke Sabah, kita hanya ada empat hari sebelum bertemu Kedah Darul Aman FC. Jadi faktor kecergasan juga memainkan peranan disini saya harap semua pemain dapat rehat yang mencukupi selepas kita kembali ke Kota Kinabalu."
Ketika ini, skuad 'The Rhinos' berada di kedudukan ketiga dalam carta Liga Super 2024-2025 selepas mencatat enam kemenangan daripada 12 perlawanan. Sabah FC bakal berdepan Kedah Darul Aman FC di Stadium Likas pada esok, 29 Oktober 2024.
See TranslationKetua jurulatih Sabah FC, Datuk Ong Kim Swee memuji karakter dan persembahan yang ditampilkan pasukan Sabah FC selepas mencatat dua kemenangan berturut-turut dalam aksi Liga Super 2024-2025.
Pengendali berusia 53 tahun itu berpuas hati apabila pasukannya berjaya mengutip enam mata dalam dua aksi di laman lawan. Terdahulu, Sabah FC telah menewaskan Perak FC dengan keputusan 4-2 seterusnya mengatasi Penang FC dengan keputusan 4-0.
Mengulas berkaitan jaringan-jaringan yang dihasilkan dari luar kotak penalti, Ong Kim Swee menganggap perkara itu sebagai kelebihan yang perlu dimanfaatkan pasukan Sabah FC.
"Dalam bola sepak ini kadang kala kita merancang sesuatu tapi tidak berlaku dan apa yang kita lakukan ketika sesi latihan melibatkan semua aspek. Kali ini berlaku dimana banyak jaringan yang kita lakukan melalui sepakan dari luar kotak penalti."
"Jadi ini satu kelebihan buat pasukan Sabah dimana kita harus mempunyai pelbagai cara dan variasi untuk mendapatkan gol," ujar Ong Kim Swee.
Dalam pada itu, pengendali Sabah FC itu mahu anak buahnya sentiasa fokus untuk perlawanan akan datang dan mendapatkan rehat yang cukup untuk mengekalkan kecergasan.
"Kita tidak boleh mengambil mudah dengan mana-mana pasukan sekalipun kerana kalau kita ambil sikap yang tidak serius berkemungkinan perkara berbeza berlaku."
"Selepas ini kita kembali ke Sabah, kita hanya ada empat hari sebelum bertemu Kedah Darul Aman FC. Jadi faktor kecergasan juga memainkan peranan disini saya harap semua pemain dapat rehat yang mencukupi selepas kita kembali ke Kota Kinabalu."
Ketika ini, skuad 'The Rhinos' berada di kedudukan ketiga dalam carta Liga Super 2024-2025 selepas mencatat enam kemenangan daripada 12 perlawanan. Sabah FC bakal berdepan Kedah Darul Aman FC di Stadium Likas pada esok, 29 Oktober 2024.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |