HAQIMI AZIM MAHU BALAS KEPERCAYAAN KL CITY
Pemain muda Kuala Lumpur City FC, Haqimi Azim Rosli mahu membalas kepercayaan yang diberi ketua jurulatih Miroslav Kuljanac pada aksi Liga Super menentang Kedah Darul Aman FC, Sabtu ini.
Haqimi yakin komitmen yang diberikan rakan sepasukan akan memberi impak positif kepada 'The City Boys' dalam misi mengutip tiga mata berdepan Kedah.
"Syukur Alhamdulillah, persediaan untuk perlawanan Sabtu ini amat baik. Kami ada beberapa pemain yang baru pulang daripada panggilan kebangsaan dan ia tidak menjejaskan persiapan kami.
"Walaupun ketika ini KL City kekurangan penyerang namun ia tidak menjejaskan prestasi pasukan. Setiap pemain yang bermain pasti akan memberikan yang terbaik,” katanya.
Selepas lapan perlawanan, KL City telah mencatat tiga kemenangan, dua keputusan seri dan tiga kekalahan untuk berada di kedudukan ke-11 dalam saingan Liga Super.
"Itu satu kelebihan juga, beraksi di Stadium Cheras. Jadi kita akan buat yang terbaik untuk mengutip tiga mata di laman sendiri nanti."
Pemain berusia 21 tahun ini tidak mahu mensia-siakan peluang yang diberi oleh Kuljanac apabila dia kini antara tonggak utama pasukan di bahagian serangan.
"Peluang yang diberikan oleh jurulatih itu saya akan gunakan sebaik mungkin. Peluang tak selalu datang maka saya perlu galas tugas itu dengan baik untuk Kuala Lumpur."
"Saya perlu memperbaiki banyak perkara untuk kekalkan prestasi tahun ini. Jadi saya akan buat yang terbaik untuk aksi-aksi yang akan datang," ujar Haqimi.
See TranslationHaqimi yakin komitmen yang diberikan rakan sepasukan akan memberi impak positif kepada 'The City Boys' dalam misi mengutip tiga mata berdepan Kedah.
"Syukur Alhamdulillah, persediaan untuk perlawanan Sabtu ini amat baik. Kami ada beberapa pemain yang baru pulang daripada panggilan kebangsaan dan ia tidak menjejaskan persiapan kami.
"Walaupun ketika ini KL City kekurangan penyerang namun ia tidak menjejaskan prestasi pasukan. Setiap pemain yang bermain pasti akan memberikan yang terbaik,” katanya.
Selepas lapan perlawanan, KL City telah mencatat tiga kemenangan, dua keputusan seri dan tiga kekalahan untuk berada di kedudukan ke-11 dalam saingan Liga Super.
"Itu satu kelebihan juga, beraksi di Stadium Cheras. Jadi kita akan buat yang terbaik untuk mengutip tiga mata di laman sendiri nanti."
Pemain berusia 21 tahun ini tidak mahu mensia-siakan peluang yang diberi oleh Kuljanac apabila dia kini antara tonggak utama pasukan di bahagian serangan.
"Peluang yang diberikan oleh jurulatih itu saya akan gunakan sebaik mungkin. Peluang tak selalu datang maka saya perlu galas tugas itu dengan baik untuk Kuala Lumpur."
"Saya perlu memperbaiki banyak perkara untuk kekalkan prestasi tahun ini. Jadi saya akan buat yang terbaik untuk aksi-aksi yang akan datang," ujar Haqimi.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |