Malaysia Airlines Memperbaharui Kerjasama dengan Malaysian Football League (MFL)
Malaysia Airlines telah memperbaharui kerjasama strategiknya dengan Malaysian Football League (MFL) sebagai sebahagian daripada komitmen berterusannya untuk menyokong sukan tempatan dan memupuk kebanggaan negara menerusi sukan bola sepak.
Perjanjian itu ditandatangani antara Ketua Pegawai Komersial Syarikat Penerbangan dari MAG, Dersenish Aresandiran dan Ketua Pegawai Operasi MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd sambil disaksikan Presiden MFL, Dato' Ab Ghani Hassan pada 7 September lalu sewaktu Pameran MATTA di arena MAG di MITEC Kuala Lumpur.
Turut hadir pada majlis itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Giorgio Pompili Rossi.
Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Penerbangan (MAG), Ahmad Luqman Mohd Azmi menyatakan semangatnya mengenai kerjasama tersebut: "Kami sangat berbesar hati untuk meneruskan kerjasama ini bersama MFL. Keputusan ini membuktikan komitmen kami bukan sahaja untuk menyokong sukan tempatan tetapi juga memanfaatkan jalinan kerjasama ini untuk meningkatkan penglibatan jenama kami bersama komuniti bola sepak. Kami juga berhasrat untuk mengukuhkan hubungan kami bersama peminat, dan terus meraikan kejayaan bersama kami. Kerjasama ini sejajar dengan strategi kami untuk memupuk kebanggaan negara dan menyumbang sesuatu kepada pembangunan sukan di Malaysia.
Malaysia Airlines telah memperbaharui kerjasama bersama MFL selama tiga tahun, menyaksikan penglibatan syarikat penerbangan itu bersama MFL sehingga tahun 2027. Perjanjian itu terus meletakkan Malaysia Airlines sebagai penyokong kuat bola sepak tempatan, sekali gus menyerlahkan lagi jenama itu dalam acara liga utama.
Dato' Ab Ghani berkata, "Kerjasama berterusan dengan Malaysia Airlines membantu memastikan kelancaran pelaksanaan urusan perjalanan untuk saingan Liga Malaysia. Kami menghargai komitmen berterusan daripada pihak mereka dan tidak sabar untuk terus menanti kerjasama selama tiga tahun yang lebih produktif ini."
Jalinan kerjasama ini mencerminkan strategi Malaysia Airlines yang lebih luas dalam menggunakan sukan sebagai platform untuk menyatukan negara dan mempamerkan budaya Malaysia di pentas global. Dengan melanjutkan kerjasama bersama MFL, Malaysia Airlines membuktikan komitmen mereka untuk menyerlahkan lagi pengalaman luar biasa baik di udara dan juga di padang.
Muat turun untuk versi Bahasa Ingeris:
https://files.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2024/09/PRESS-RELEASE-MALAYSIA-AIRLINES-RENEWED-PARTNERSHIPS-WITH-MALAYSIAN-FOOTBALL-LEAGUE.pdf
See TranslationPerjanjian itu ditandatangani antara Ketua Pegawai Komersial Syarikat Penerbangan dari MAG, Dersenish Aresandiran dan Ketua Pegawai Operasi MFL, Mohd Shazli Shaik Mohd sambil disaksikan Presiden MFL, Dato' Ab Ghani Hassan pada 7 September lalu sewaktu Pameran MATTA di arena MAG di MITEC Kuala Lumpur.
Turut hadir pada majlis itu adalah Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Giorgio Pompili Rossi.
Ketua Pegawai Eksekutif Syarikat Penerbangan (MAG), Ahmad Luqman Mohd Azmi menyatakan semangatnya mengenai kerjasama tersebut: "Kami sangat berbesar hati untuk meneruskan kerjasama ini bersama MFL. Keputusan ini membuktikan komitmen kami bukan sahaja untuk menyokong sukan tempatan tetapi juga memanfaatkan jalinan kerjasama ini untuk meningkatkan penglibatan jenama kami bersama komuniti bola sepak. Kami juga berhasrat untuk mengukuhkan hubungan kami bersama peminat, dan terus meraikan kejayaan bersama kami. Kerjasama ini sejajar dengan strategi kami untuk memupuk kebanggaan negara dan menyumbang sesuatu kepada pembangunan sukan di Malaysia.
Malaysia Airlines telah memperbaharui kerjasama bersama MFL selama tiga tahun, menyaksikan penglibatan syarikat penerbangan itu bersama MFL sehingga tahun 2027. Perjanjian itu terus meletakkan Malaysia Airlines sebagai penyokong kuat bola sepak tempatan, sekali gus menyerlahkan lagi jenama itu dalam acara liga utama.
Dato' Ab Ghani berkata, "Kerjasama berterusan dengan Malaysia Airlines membantu memastikan kelancaran pelaksanaan urusan perjalanan untuk saingan Liga Malaysia. Kami menghargai komitmen berterusan daripada pihak mereka dan tidak sabar untuk terus menanti kerjasama selama tiga tahun yang lebih produktif ini."
Jalinan kerjasama ini mencerminkan strategi Malaysia Airlines yang lebih luas dalam menggunakan sukan sebagai platform untuk menyatukan negara dan mempamerkan budaya Malaysia di pentas global. Dengan melanjutkan kerjasama bersama MFL, Malaysia Airlines membuktikan komitmen mereka untuk menyerlahkan lagi pengalaman luar biasa baik di udara dan juga di padang.
Muat turun untuk versi Bahasa Ingeris:
https://files.malaysianfootballleague.com/wp-content/uploads/2024/09/PRESS-RELEASE-MALAYSIA-AIRLINES-RENEWED-PARTNERSHIPS-WITH-MALAYSIAN-FOOTBALL-LEAGUE.pdf
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |