BENGKEL PELESENAN KELAB MFL EDISI 2024-2025
Malaysian Football League (MFL) menerusi Unit Pelesenan Kelab MFL telah menganjurkan Bengkel Pelesenan Kelab MFL Edisi 2024-25 yang telah diadakan pada 9 Julai 2024 di Petaling Jaya.
Bengkel yang disertai Pegawai Pelesenan Kelab dari semua kelab Liga Super itu diadakan bagi menjelaskan perkembangan terkini dan perubahan penting dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2024-25.
Ketua Jabatan Bola Sepak Profesional Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) En. Doojin Sa dan Eksekutif Pembangunan Profesional AFC, En. Megat Kamil Dhala turut bersama pada majlis kali ini.
Pengerusi Jawatankuasa First Instance Body (FIB), Tuan Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif memulakan taklimat berkenaan kesan positif Sistem Pelesenan Kelab kepada peningkatan taraf profesionalisme kelab-kelab Liga Malaysia yang diwujudkan sejak 8 tahun lalu diikuti penerangan oleh En. Doojin Sa dan En. Megat mengenai ‘Club Licensing in Asia - Overview’.
Manakala Ketua Pegawai Pertandingan MFL, En. Harris Taufieq Zafri kemudian membentangkan berkenaan ‘AFC Club Competition Revamp’ bagi pertandingan ‘AFC Champions League Elite’ dan ‘AFC Champions League 2’.
Bengkel diteruskan dengan perkongsian berkenaan ‘Child Safeguarding’ dan ‘Stadium Safety & Security’ daripada Eksekutif Pelesenan Kelab MFL, En. Haikal Fadzil dan En. Zafuan Aris.
Para peserta juga diberikan taklimat oleh Ketua Unit Pelesenan Kelab MFL, En. Vijash Naidu berkenaan kemaskini baharu bagi Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2024-25 disusuli ‘Football Club Constitutions Implementation’ oleh Pengurus Besar MFL, En. Desmond Raju dan ‘MFL Club Licensing Business Criteria’ oleh Pengurus Besar dan Client Servicing MFL, En. Hozefa Fakhrudeen.
Dalam pada itu, MFL CLA juga telah menerima maklum balas yang positif daripada para Pegawai Pelesenan Kelab untuk menambah baik lagi sistem Pelesenan Kelab di Malaysia.
Dalam majlis itu juga diadakan sesi penyampaian sijil Lesen Kebangsaan kepada kesemua wakil 13 kelab Liga Super, dan penyerahan sijil Lesen AFC kepada 7 kelab yang telah berjaya memperoleh Lesen AFC bagi pertandingan AFC musim 2024-25.
Pegawai dari Sabah FC, Rydwan Soeharto, Tamilarasa Maniyan (Penang FC), Mohd Aslam Abu Seman (PDRM FC) dan Azamri Kifle (Kuching City FC) masing-masing telah menerima sijil PRO-CLO bagi pegawai pelesenan kelab pada tahun ini.
See TranslationBengkel yang disertai Pegawai Pelesenan Kelab dari semua kelab Liga Super itu diadakan bagi menjelaskan perkembangan terkini dan perubahan penting dalam Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2024-25.
Ketua Jabatan Bola Sepak Profesional Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) En. Doojin Sa dan Eksekutif Pembangunan Profesional AFC, En. Megat Kamil Dhala turut bersama pada majlis kali ini.
Pengerusi Jawatankuasa First Instance Body (FIB), Tuan Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif memulakan taklimat berkenaan kesan positif Sistem Pelesenan Kelab kepada peningkatan taraf profesionalisme kelab-kelab Liga Malaysia yang diwujudkan sejak 8 tahun lalu diikuti penerangan oleh En. Doojin Sa dan En. Megat mengenai ‘Club Licensing in Asia - Overview’.
Manakala Ketua Pegawai Pertandingan MFL, En. Harris Taufieq Zafri kemudian membentangkan berkenaan ‘AFC Club Competition Revamp’ bagi pertandingan ‘AFC Champions League Elite’ dan ‘AFC Champions League 2’.
Bengkel diteruskan dengan perkongsian berkenaan ‘Child Safeguarding’ dan ‘Stadium Safety & Security’ daripada Eksekutif Pelesenan Kelab MFL, En. Haikal Fadzil dan En. Zafuan Aris.
Para peserta juga diberikan taklimat oleh Ketua Unit Pelesenan Kelab MFL, En. Vijash Naidu berkenaan kemaskini baharu bagi Peraturan Pelesenan Kelab MFL Edisi 2024-25 disusuli ‘Football Club Constitutions Implementation’ oleh Pengurus Besar MFL, En. Desmond Raju dan ‘MFL Club Licensing Business Criteria’ oleh Pengurus Besar dan Client Servicing MFL, En. Hozefa Fakhrudeen.
Dalam pada itu, MFL CLA juga telah menerima maklum balas yang positif daripada para Pegawai Pelesenan Kelab untuk menambah baik lagi sistem Pelesenan Kelab di Malaysia.
Dalam majlis itu juga diadakan sesi penyampaian sijil Lesen Kebangsaan kepada kesemua wakil 13 kelab Liga Super, dan penyerahan sijil Lesen AFC kepada 7 kelab yang telah berjaya memperoleh Lesen AFC bagi pertandingan AFC musim 2024-25.
Pegawai dari Sabah FC, Rydwan Soeharto, Tamilarasa Maniyan (Penang FC), Mohd Aslam Abu Seman (PDRM FC) dan Azamri Kifle (Kuching City FC) masing-masing telah menerima sijil PRO-CLO bagi pegawai pelesenan kelab pada tahun ini.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |