KUNJUNGAN HORMAT PRESIDEN MFL KE ATAS KETUA MENTERI PULAU PINANG
Presiden Malaysian Football League (MFL), Dato’ Ab Ghani Hassan hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang, Yang Amat Berhormat Tuan Chow Kon Yeow di Pejabat Ketua Menteri di KOMTAR.
Turut bersama dalam pertemuan itu adalah Presiden Penang FC, Yang Berhormat Daniel Gooi Zi Sen yang juga Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, serta Pengurus Besar Penang FC, Encik Jeffrey Chew Gim Eam yang juga Ahli Lembaga Pengarah MFL.
Dalam pertemuan itu, Dato’ Ab Ghani berkesempatan memberikan penerangan mengenai perkembangan semasa Liga Malaysia musim 2024-2025 yang telah bermula pada 10 Mei lalu.
YAB Tuan Chow Kon Yeow dan YB Daniel Gooi juga turut berkongsi pandangan mengenai isu semasa bola sepak serta perancangan Penang FC dalam saingan Liga Super.
Di kesempatan itu juga Dato’ Ab Ghani menzahirkan terima kasih kepada pihak kerajaan negeri Pulau Pinang yang sentiasa meletakkan sukan khususnya bola sepak antara agenda utama dalam pembangunan negeri.
Diharap dengan kunjungan ini akan mengeratkan lagi hubungan di antara badan pengelola liga dengan pihak kerajaan negeri dan Penang FC.
See TranslationTurut bersama dalam pertemuan itu adalah Presiden Penang FC, Yang Berhormat Daniel Gooi Zi Sen yang juga Exco Belia, Sukan dan Kesihatan, serta Pengurus Besar Penang FC, Encik Jeffrey Chew Gim Eam yang juga Ahli Lembaga Pengarah MFL.
Dalam pertemuan itu, Dato’ Ab Ghani berkesempatan memberikan penerangan mengenai perkembangan semasa Liga Malaysia musim 2024-2025 yang telah bermula pada 10 Mei lalu.
YAB Tuan Chow Kon Yeow dan YB Daniel Gooi juga turut berkongsi pandangan mengenai isu semasa bola sepak serta perancangan Penang FC dalam saingan Liga Super.
Di kesempatan itu juga Dato’ Ab Ghani menzahirkan terima kasih kepada pihak kerajaan negeri Pulau Pinang yang sentiasa meletakkan sukan khususnya bola sepak antara agenda utama dalam pembangunan negeri.
Diharap dengan kunjungan ini akan mengeratkan lagi hubungan di antara badan pengelola liga dengan pihak kerajaan negeri dan Penang FC.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |