KUALITI TERENGGANU FC BAKAL BERI ANCAMAN BESAR KEPADA PERAK
Penjaga gol Perak FC, Ramadhan Ab Hamid mengakui setiap pemain Terengganu FC memiliki kualiti tersendiri yang boleh memberi ancaman besar kepada mereka dalam aksi pusingan 16 Piala FA musim ini.
Justeru, menjadi tanggungjawab setiap pemain untuk lebih bijak mengawasi pergerakan pemain Terengganu FC bagi memastikan Perak FC mampu untuk mara lebih jauh di pentas Piala FA kali ini apatah lagi selepas mereka tewas dengan lawan sama pada aksi pertama Liga Super tempoh hari.
Bagi Ramadhan, misi pasukan adalah untuk sekurang-kurangnya layak ke pentas separuh akhir Piala FA selepas mereka hanya bertahan di pusingan kedua pada tahun 2022 dan pusingan pertama pada 2023.
“Bagi saya, semua pemain Terengganu FC boleh beri masalah kepada Perak FC untuk perlawanan itu nanti, kami tidak boleh waspada terhadap seorang dua pemain sahaja.
“Jadi kami sebagai pemain kena bermain sebagai satu pasukan untuk memastikan kita tidak tersungkur kali ini lebih-lebih lagi ini adalah pusingan kalah mati.
“Sasaran sudah pasti kalau boleh nak sampai ke separuh akhir atau bonus kalau dapat ke final tapi nak sampai ke tahap itu, kita kena lebih bekerja keras.
“Cuma tempoh hari apabila kami menang dengan Kedah Darul Aman FC, tidak dinafikan semangat kami memang tinggi untuk terus beraksi dengan cemerlang selepas ini”, jelasnya.
Bercakap mengenai persaingan posisi penjaga gol utama antara dirinya dengan Haziq Nadzli, penjaga gol dari Kelantan itu percaya dengan percaturan jurulatih, Yusri Che Lah untuk memastikan mereka sentiasa diberi peluang beraksi.
“Setakat ini saya dengan Haziq tiada masalah untuk bersaing secara sihat dan faham dengan pelan daripada jurulatih.
“Memang semua pemain termasuk penjaga gol nak kejar minit permainan, tetapi ada masa jurulatih akan turunkan Haziq dan selepas itu akan turunkan saya juga untuk bermain.
“Jadi tugas kami adalah untuk terus berlatih dan memberikan yang terbaik sahaja untuk merebut posisi itu secara sihat”, tambahnya.
See TranslationJusteru, menjadi tanggungjawab setiap pemain untuk lebih bijak mengawasi pergerakan pemain Terengganu FC bagi memastikan Perak FC mampu untuk mara lebih jauh di pentas Piala FA kali ini apatah lagi selepas mereka tewas dengan lawan sama pada aksi pertama Liga Super tempoh hari.
Bagi Ramadhan, misi pasukan adalah untuk sekurang-kurangnya layak ke pentas separuh akhir Piala FA selepas mereka hanya bertahan di pusingan kedua pada tahun 2022 dan pusingan pertama pada 2023.
“Bagi saya, semua pemain Terengganu FC boleh beri masalah kepada Perak FC untuk perlawanan itu nanti, kami tidak boleh waspada terhadap seorang dua pemain sahaja.
“Jadi kami sebagai pemain kena bermain sebagai satu pasukan untuk memastikan kita tidak tersungkur kali ini lebih-lebih lagi ini adalah pusingan kalah mati.
“Sasaran sudah pasti kalau boleh nak sampai ke separuh akhir atau bonus kalau dapat ke final tapi nak sampai ke tahap itu, kita kena lebih bekerja keras.
“Cuma tempoh hari apabila kami menang dengan Kedah Darul Aman FC, tidak dinafikan semangat kami memang tinggi untuk terus beraksi dengan cemerlang selepas ini”, jelasnya.
Bercakap mengenai persaingan posisi penjaga gol utama antara dirinya dengan Haziq Nadzli, penjaga gol dari Kelantan itu percaya dengan percaturan jurulatih, Yusri Che Lah untuk memastikan mereka sentiasa diberi peluang beraksi.
“Setakat ini saya dengan Haziq tiada masalah untuk bersaing secara sihat dan faham dengan pelan daripada jurulatih.
“Memang semua pemain termasuk penjaga gol nak kejar minit permainan, tetapi ada masa jurulatih akan turunkan Haziq dan selepas itu akan turunkan saya juga untuk bermain.
“Jadi tugas kami adalah untuk terus berlatih dan memberikan yang terbaik sahaja untuk merebut posisi itu secara sihat”, tambahnya.
All 0
Similar Posts
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status | |
title desc status |