unifi MEMBAWAKAN PIALA SUMBANGSIH DAN LIGA SUPER 2021 KEPADA RAKYAT MALAYSIA MELALUI PERKONGSIAN BERSAMA MFL

March 2, 2021



unifi hari ini mengumumkan bahawa ia akan terus menyatukan peminat bola sepak dan seluruh rakyat Malaysia dengan membawakan perlawanan Piala Sumbangsih dan Liga Super 2021 melalui unifi TV, aplikasi unifi PlayTV serta menerusi saluran YouTube unifi. Rakyat Malaysia dari seluruh negara akan kembali bergembira dengan kedatangan semula perlawanan bola sepak tempatan malah bersorak bagi menyokong kelab-kelab kegemaran mereka. Piala Sumbangsih akan membuka tirai sebagai pembukaan musim bakal berlangsung pada hari Jumaat, 5 Mac 2021, di mana Johor Darul Ta’zim (JDT) akan menentang Kedah Darul Aman FC di Stadium Sultan Ibrahim.

unifi melangkah kehadapan dengan menawarkan penyatuan lengkap bagi memenuhi gaya hidup digital peminat bola sepak. Menerusi kerjasama dengan Malaysian Football League (MFL), unifi kini menjadi satu-satunya yang menawarkan momen bola sepak secara langsung dalam kualiti definisi tinggi (HD) di kaca TV anda. Peminat bola sepak juga boleh menyaksikan perlawanan melalui aplikasi unifi PlayTV atau menerusi saluran YouTube unifi menerusi peranti mudah alih mereka di mana sahaja.

Mengulas mengenai kerjasama tersebut, Anand Vijayan, Ketua Pegawai Komersial, TM berkata: “Bola sepak adalah sukan nombor 1 bukan sahaja di Malaysia, malah di peringkat global. Di unifi, kami berkongsi minat yang sama, malah kami telah lama menjadi rakan kongsi dalam arena bola sepak tempatan. Kami teruja untuk meneruskan kerjasama kami dengan MFL ke arah pembangunan bola sepak serta membawa liga bola sepak tempatan kepada lebih ramai rakyat Malaysia. Dalam situasi semasa ini, kami berharap dengan membawakan perlawanan bola sepak secara terus ke rumah anda, akan mengekalkan semangat kesukanan yang tinggi serta menyatukan kami,” tambahnya lagi.

Tahun ini, sebanyak 12 pasukan akan bersaing bagi merebut gelaran Liga Super 2021. Pusingan pertama dimulakan dengan perlawanan Piala Sumbangsih, serta baki perlawanan bakal dimainkan pada hujung minggu. Perlawanan pusingan akhir dijadualkan pada 8 Ogos 2021, dimana juara Liga Super akan dinobatkan.

Peminat bola sepak di seluruh negara akan dapat menonton Piala Sumbangsih serta Liga Super setiap masa di mana sahaja menerusi saluran unifi Sports 701 – 705, aplikasi unifi PlayTV serta saluran YouTube unifi di https://www.youtube.com/c/unifiistheone/featured

Untuk menonton perlawanan menarik yang dibawa oleh unifi TV kepada anda, sila lawati https://unifi.com.my/personal/tv

 

~~~~~

 

unifi BRINGS PIALA SUMBANGSIH AND LIGA SUPER 2021 MATCHES TO MALAYSIANS THROUGH ITS PARTNERSHIP WITH MFL

unifi today announced that it will continue to unite football fans and all Malaysians by enabling viewing of the Piala Sumbangsih and Liga Super 2021 matches via unifi TV, unifi PlayTV app and unifi YouTube channel. With this, Malaysians from around the nation will be able to rejoice upon the return of the local football competition and cheer for their favourite clubs. The traditional season-opening Piala Sumbangsih match will take place on Friday, 5 March 2021, where Johor Darul Ta’zim (JDT) will face Kedah Darul Aman FC at Stadium Sultan Ibrahim.

unifi is taking the lead in enabling a converged experience to meet the digital lifestyle of football fanatics. With this collaboration with Malaysian Football League (MFL), unifi is now the one and only to offer the best “live” football moments in full HD on your TV screens at home. If they are on the move, football fans can also tune in via unifi PlayTV app or unifi YouTube channel so they can watch the matches on their mobile devices anytime, anywhere.

Commenting on the collaboration, Anand Vijayan, Chief Commercial Officer, TM said: “Football is the number 1 sport not only here in Malaysia, but also globally. At unifi, we share a similar passion and have been a long-time partner of local football. We are excited to continue our collaboration with MFL towards the development of local football and to bring the national football league to more Malaysians. In these current times, we hope bringing these matches into homes and direct to you will keep our spirits high and unite us,” he added.

This year, a total of 12 teams will compete to vie for the Liga Super 2021 title. The first round begins with the Piala Sumbangsih match, with the remainder of the matches being played that weekend. The final round of matches are scheduled to be played on 8 August 2021, when the Liga Super champion will be crowned.

Football fans nationwide can watch Piala Sumbangsih and Liga Super matches anytime, anywhere on TV via unifi TV’s unifi Sports 701 – 705 channels, unifi PlayTV app and unifi YouTube channel at https://www.youtube.com/c/unifiistheone/featured

To watch the exciting matches brought to you by unifi TV, please visit https://unifi.com.my/personal/tv.