[UNIFI LIGA SUPER MALAYSIA 2018] SAFEE SALI TIDAK MAHU PKNS FC TERLEPAS PELUANG LONJAK KEDUDUKAN LIGA

May 23, 2018



Pemain PKNS FC, Safee Sali mahu pastikan pasukannya mengambil kesempatan di atas keciciran mata dua pasukan teratas Perak dan Pahang semalam bagi melonjakkan kedudukan untuk berkongsi mata bersama Perak di tangga kedua dengan 20 mata.

Safee sudah membuat persiapan dan berada pada prestasi terbaik biarpun menjalani latihan dalam bulan puasa serta yakin rakan sepasukannya turut bersedia untuk berkunjung ke Stadium Hang Jebat dan membawa misi 3 mata penuh malam ini.

“Perlawanan ini sangat penting supaya kami dapat naikkan kedudukan kami di kelompok 4 teratas serta mengejar pendahulu liga. Ini peluang kami untuk memintas mereka," kata beliau.

""

“Berpuasa tidak melemahkan saya malah saya rasa saya berada pada prestasi terbaik dan saya yakin rakan sepasukan yang lain juga sudah bersedia.

Pemain berumur 34 tahun itu juga meluahkan rasa gembira selepas pasukannya membawa masuk pertahanan baru, Nik Shahrul Azim Abdul Halim dari Kelantan mengatakan pertambahan ini bakal memperkuatkan lagi skuad Semut Merah.

“Kami mahu memantapkan lagi bahagian pertahanan dan saya gembira dengan kemasukan Nik Shahrul kerana beliau seorang pemain yang sangat berpengalaman.

""

“Penambahan pemain ini menaikkan moral pasukan terbaik dan yakin kami mampu raih kemenangan.”

PKNS FC kini berada di kedudukan ke enam, 8 mata dibelakang Johor Darul Ta’zim (JDT) di persada unifi Liga Super Malaysia 2018 dan kemenangan ke tiga berturut-turut malam ini mampu lonjak kedudukan pasukan ke kedudukan kedua liga.