[UNIFI LIGA SUPER MALAYSIA 2018] PAHANG BERSEMANGAT TINGGI BERHADAPAN PKNP FC

July 11, 2018



Penyerang Pahang Patrick Cruz akui pasukannya kini berada dalam moral terbaik selepas menjulang Shopee Piala FA Malaysia 2018 menentang Selangor di Stadium nasional Bukit Jalil tiga hari lalu.

Skuad Tok Gajah lega apabila akhirnya berjaya menjuarai Piala FA Malaysia ketiga mereka selepas tewas dalam aksi Final menentang Kedah musim lalu. Pahang menjadi pasukan pertama yang melangkah ke Final berturut-turut sejak dilakukan Kelantan enam tahun lalu.

Menurut penyerang daripada Brazil itu, Pahang perlu kembali fokus kepada saingan unifi Liga Super Malaysia 2018 dimana mereka akan bertemu PKNP FC di Stadium Darul Makmur di Kuantan malam ini.

""

“Saya sangat gembira, pasukan juga sangat gembira. Kami membawa pulang piala itu selepas kali terakhir dilakukan empat tahun lalu. Pasukan semestinya kecewa musim lalu, tetapi bersama mereka tahun ini saya boleh katakan mereka berhak untuk meraih kejayaan ini,” kata Patrick Cruz.

“Bagaimanapun baki perlawanan liga kita harus fokus dalam empat perlawanan lagi musim ini.

“Turutan perlawanan yang kami bakal hadapi adalah sukar tetapi jurulatih kami (Dollah Salleh) tahu bagaimana hendak memastikan kami fokus.

""

Patrick Cruz kini semakin hampir untuk mencapai kecergasan sepenuhnya selepas mengalami kecederaan awal musim ini namun beliau percaya penyokong Tok Gajah akan hadir dengan lebih ramai dalam perlawanan seterusnya dalam saingan liga.

“Saya harap penyokong akan terus datang menghadiri perlawanan dan menyokong kami kerana mereka penyokong ke-12 kami.”

Pahang bakal bertembung dengan PKNP FC malam ini dan dapat disaksikan pada pukul 9 malam ini di unifi TV.