[UNIFI LIGA SUPER MALAYSIA 2018] MATLAMAT UTAMA NATXO INSA UNTUK BERMAIN DI LIGA JUARA-JUARA AFC

June 12, 2018



Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT) Natxo Insa menyatakan kepentingan membolot tiga mata penuh menentang Pahang di Stadium Darul Makmur malam ini dalam misi melayakkan diri ke Liga Juara-Juara AFC tahun depan.

Kemenangan buat skuad Harimau Selatan akan mengukuhkan lagi kedudukan pasukan selaku pendahulu liga serta menjarakkan 11 mata dengan pencabar terdekat, Perak (27 mata) dan Pahang (24 mata).

Berbakikan tujuh perlawanan tamat pertembungan malam ini, juara bertahan itu mampu memastikan kejuaraan milik mereka buat kali keempat dalam perlawanan menentang Kedah bulan depan.

""

“Kami perlu menetapkan mentaliti kami agar hanya menyasarkan kemenangan malam ini,” kata beliau.

“Kami akan berada 11 mata diatas Perak jika kami menang malam ini dan itu akan mencerahkan lagi peluang pasukan untuk layak ke kelayakan Liga Juara-Juara AFC musim depan.

Pemain berusia 32 tahun itu percaya rakan sepasukannya tidak memandang rendah keupayaan Pahang kerana mereka sebuah pasukan kuat serta mempunyai rekod baik bermain dihalaman sendiri musim ini.

""

“Mereka kebiasaannya kuat bermain di halaman sendiri jadi kami perlu fokus daripada minit pertama lagi.

“Ini permainan 90 minit dan Pahang adalah pasukan yang hebat jadi apa-apa sahaja boleh berlaku,” tamat beliau.

Malang juga buat Pahang apabila mereka bakal bermain tanpa tonggak utama Azam Azih dan Safuwan Baharudin di Kuantan malam ini.