PREVIU – LIGA SUPER LS14

May 17, 2019



Juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT) akan mengambil pendekatan berhati-hati malam ini dengan harapan untuk menjarakkan mata di tangga teratas Liga Super ketika bertemu PKNS FC di Stadium Shah Alam.

JDT kini mendahului tangga liga dengan 33 mata di depan Pahang yang berada di tempat kedua dengan 25 mata yang akan melawan Perak Ahad ini.

Penjaga gol JDT, Farizal Marlias berkata PKNS FC telah mencatatkan beberapa keputusan menarik pada musim ini dan pasukannya kena berhati-hati dengan harapan untuk mengekalkan rekod tanpa kalah dalam Liga Super.

"Kami tidak boleh cuai hari ini dan perlu bersedia untuk PKNS (FC) yang gemar bermain taktik serangan balas.

"Sasaran kami adalah untuk mengalahkan mereka dan mendapatkan tiga mata lagi," kata Farizal yang kembali dari kecederaan lutut dalam kemenangan 2-0 ke atas Pahang di Larkin pada hari Selasa lepas.

Farizal dan pertahanan JDT perlu berwaspada terhadap ancaman penyerang PKNS FC, Kpah Sherman yang sudah meledak enam gol Liga Super di Stadium Shah Alam setakat ini.

Pasukan Datuk K. Rajagobal berada di tempat ketujuh dengan 16 mata.

Dalam pertemuan sebelum ini, pasukan Semut Merah mengejutkan JDT 1-0 dalam pusingan ketiga Shopee Piala FA di Larkin pada 17 April sebelum pasukan Benjamin Mora membalas dendam dengan kemenangan 3-1 di tempat yang sama dalam perlawanan Liga Super tiga hari kemudian.

Dalam satu lagi perlawanan malam ini, PJ City FC akan menjadi tuan rumah bertemu Kuala Lumpur di Petaling Jaya.

Perlawanan ini dijangka menarik kerana kedua-dua pasukan memperolehi kemenangan manis dalam perlawanan pertengahan minggu LS13.

PJ City FC bangkit daripada defisit 0-3 untuk mengalahkan Terengganu FC 5-3 manakala KL merekodkan keputusan mengejut dengan kemenangan 2-1 keatas PKNS FC di tempat sendiri.

Pasukan tuan rumah dibuai penyerang import baharu Pedro Henrique Cortes dan Washington Brandao manakala Kuala Lumpur akan menharapkan gandingan Guilherme de Paula dan penjaring tempatan tertinggi liga (enam gol), Indra Putra Mahayuddin yang telah meledak gol dalam empat perlawanan terakhir beliau.

Pada hari Sabtu, Felda United FC dan Terengganu FC masing-masing mengharapkan kemenangan di Jengka setelah kekalahan di pertengahan minggu.

Felda, yang tewas 6-0 kepada Melaka kini berada di tangga tercorot liga dengan lapan mata manakala Terengganu FC berada di tangga kelapan dengan 16 mata.

Berikutan peletakan jawatan jurulatih Irfan Bakti Abu Salim pada hari Rabu, skuad Penyu berharap untuk mendapatkan rentak mereka semula di bawah bimbingan jurulatih sementara, Nafuzi Zain, bila menentang pasukan Nidzam Jamil yang hanya memperolehi satu kemenangan dalam Liga Super setakat ini.

Selain itu, Kedah akan menjadi tuan rumah kepada Melaka di Alor Setar dan mereka mengharapkan keputusan positif setelah kalah 3-1 kepada Selangor dalam perlawanan pertengahan minggu.

"Kami membuat kesilapan dan dihukum oleh Selangor. Kami mempunyai peluang untuk mendapatkan semula momentum kami pada hari Sabtu, dan saya harap pemain kami tidak akan mengulangi kesilapan yang sama," kata jurulatih Kedah, Aidil Sharin Sahak.

Kedah dan Melaka dua-dua tidak bolos dalam lima perlawanan liga setakat ini manakala Melaka telah menewaskan Kedah dalam tiga perjumpaan terakhir mereka dan akan tampil dengan keyakinan tinggi untuk memperolehi kemenangan kedua di tempat lawan.

Pemain import baharu Luka Milunovic meledak hatrik dalam penampilan kedua beliau dalam kemangan 6-0 ke atas Felda.
Selangor yang menduduki tempat ketiga, akan ke Manjung untuk menghadapi PKNP FC.

Pasukan B. Satiananthan berharap penyerang import baharu mereka Ifedayo Omosuyi dapat menjaringkan gol untuk Selangor dengan harapan untuk kekal di tangga ketiga liga.

Pemain Nigeria itu menjaringkan hatrik pada penampilan sulungnya untuk Selangor dalam kemenangan 3-1 ke atas Kedah.
PKNP FC berada satu tangga diatas zon penyingkiran dan mereka perlu merakamkan kemenangan pertama mereka dalam lima perlawanan untuk terus bertahan.

Pada perlawanan tunggal hari Ahad, Pahang akan melayan kunjungan Perak di Kuantan dan mereka mengharapkan keputusan positif untuk bangkit daripada kekalahan 2-0 kepada JDT pada perlawanan pertengahan minggu.

Penyerang Pahang perlu lebih tajam di depan gol sebab dua gol dijaringkan dalam empat perlawanan terakhir mereka berpunca daripada pemain pertahanan, Herold Goulon.

Penyerang baru Perak, Ronaldo dan Careca, yang menjaringkan kesemua goal dalam kemenangan 3-1 ke atas PKNP, adalah nadi utama pasukan Mehmet Durakovic and mereka akan cuba memperolehi tiga mata untuk memperbaiki rekod lima seri dalam tujuh perlawanan di tempat lawan.

Perlawanan PKNP FC lwn Selangor akan disiarkan secara langsung di TV9 manakala semua perlawanan Pusingan LS14 akan disiarkan di iflix.