PREVIU: LIGA PREMIER PUSINGAN LP7

March 29, 2019



Saingan Liga Premier kembali hari ini dengan pemain senior, Badhri Radzi bakal menjadi fokus utama peminat-peminat Kelantan apabila pasukan mereka bertemu dengan Terengganu FC II dalam perlawanan Liga Premier pada malam ini di Kota Bharu.

Badhri kembali menyertai Kelantan untuk kali ketiga selepas meninggalkan Perlis, yang telah dikeluarkan daripada Liga Premier dan bakal membuat penampilan pertama beliau untuk Kelantan sejak 17 Mac 2018.

The Red Warriors menduduki tempat kesembilan dengan hanya lima mata selepas lima perlawanan manakala Terengganu FC II berada di tempat kelima dengan lapan mata.

"Saya berharap dapat bermain menentang Terengganu FC II. Saya hendak membantu Kelantan memenangi perlawanan kedua kita musim ini.
"Saya rasa saya tidak akan memghadapi apa-apa masalah dengan skuad ini. Kami mempunyai ramai pemain muda dan saya berharap dapat memainkan peranan penting dalam skuad, "kata Badhri.

UKM FC akan melayan kunjungan Negeri Sembilan dalam satu lagi perlawanan Liga Premier pada hari Jumaat.

Pada hari Sabtu, Sarawak berharap dapat memberi impak positif apabila bertemu Johor Darul Ta'zim II (JDT II).

Perlawanan tersebut bakal berlangsung di Stadium Tan Sri Dato’ HJ Hassan Yunos, Larkin dan bukan di Stadium Majlis Perbandaran Pasir Gudang akibat kes pencemaran yang berlaku di daerah Pasir Gudang.

Sarawak, yang masih belum memperoleh mata di tempat lawan setakat ini, berada di tempat ke-10 dengan hanya tiga mata manakala JDT II mendahului carta kedudukan Liga Premier dengan 12 mata.

Selain itu, Selangor United akan bertemu UITM FC dalam pertembungan antara pasukan yang mempunyai rekod terbaik bermain di tempat sendiri dan lawan masing-masing, manakala Pulau Pinang akan memburu kemenangan pertama mereka di tempat lawan apabila akan bertandang ke Kota Kinabalu untuk bertemu Sabah di Stadium Likas.

Saksikan siaran langsung perlawanan UKM FC lwn Negeri Sembilan (Jumaat) dan Selangor United lwn. UiTM FC (Sabtu) di mycujoo.