PREVIU – LIGA PREMIER LP11

April 26, 2019



Johor Darul Ta'zim II (JDT II) berharap untuk mengekalkan momentum mereka di puncak Liga Premier ketika bertemu Selangor United pada malam ini manakala Kelantan akan melayan kunjungan Pulau Pinang apabila aksi pusingan 11 Liga Premier diteruskan hari ini.

JDT II, yang mempunyai 21 mata, merupakan pasukan tunggal yang masih belum kalah dalam aksi liga, manakala Selangor United hanya mengutip satu kemenangan dalam empat perlawanan mereka di tempat lawan setakat ini.

Selangor United harus memberi perhatian khusus kepada penyerang JDT II, Mohamad Ghaddar yang telah menjaringkan tiga gol dalam tiga perlawanan terakhirnya.

Kelantan akan memburu kemenangan pertama mereka di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV ketika bertemu pasukan Pulau Pinang yang masih belum raih tiga mata di tempat lawan.

Pada hari Sabtu, Negeri Sembilan yang menewaskan Kelantan 5-2 dalam aksi pusingan ke-10 akan bertemu Terengganu FC II (TFC II) di Kuala Terengganu. TFC II and Negeri Sembilan masing-masing mempunyai 13 mata.

Ketua jurulatih Negeri Sembilan, Mat Zan Mat Aris, optimis dengan peluang pasukannya.

"Pemain saya berasa di tahap baik selepas kemenangan ke atas Kelantan. Kami perlu meneruskan momentum positif ini dan mengekalkan prestasi kami.
"Saya tidak mahu bercakap pasal peluang promosi setakat ini.
“Sekiranya kita dapat mengelak daripada kalah, saya percaya kita mempunyai peluang untuk memberi impak, " ulas Mat Zan.

PDRM, yang tidak kalah dalam tiga perlawanan liga terakhir ingin mengekalkan prestasi baik ketika bertemu Sarawak di Kuching manakala UiTM FC, yang berada di tangga ketiga berharap untuk mencapai kemenangan apabila bertemu UKM FC dalam “Universiti Derbi” pertama musim ini di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

UiTM FC berpeluang untuk melonjak ke tangga kedua menggantikan Sabah yang tidak bermain minggu ini, sekiranya mereka mengalahkan UKM FC.

Perlawanan-perlawanan berikut akan disiarkan secara langsung di mycujoo:
Jumaat – Kelantan lwn Pulau Pinang
Sabtu – Terengganu FC II lwn Negeri Sembilan dan UKM FC lwn UiTM FC