PINDAAN VENUE KUCHING CITY FC DAN SELANGOR FC 2

August 18, 2021



Adalah dimaklumkan bahawa Malaysian Football League (MFL) telah meluluskan pindaan venue perlawanan PTR pasukan seperti maklumat berikut:

(a) KUCHING CITY FC

VENUE ASAL: STADIUM NEGERI, KUCHING

VENUE TERKINI: STADIUM MAJLIS PERBANDARAN PASIR GUDANG

WAKTU SEPAK MULA TERKINI: 4.45 PETANG

Pindaan ini diluluskan atas faktor berikut:

i. Prosedur kemasukan ke negeri Sarawak yang ketat telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (SDMC).

ii. Membantu mengurangkan kos perjalanan dan logistik perlawanan dari semenanjung.

iii. Mengurangkan risiko penundaan perlawanan akibat penerbangan yang amat terhad.

 

(b) SELANGOR FC 2

VENUE ASAL: STADIUM MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

VENUE TERKINI: STADIUM MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

WAKTU SEPAK MULA TERKINI: 4.45 PETANG

Pindaan ini diluluskan kerana pasukan Selangor FC 2 dibenarkan untuk bermain di venue asal setelah arahan PKPD seluruh negeri Selangor ditarik balik.

 

Muat turun jadual terkini Liga Premier 2021 di sini.