PERADUAN ‘BILA AKU DI STADIUM’ (FEBRUARI 2020)

February 5, 2020



Ingin bertemu secara eksklusif pemain kesayangan Liga Malaysia anda?

Jom kongsikan kepada kami video spontan, momen-momen menarik atau gelagat anda ketika menyaksikan perlawanan bola sepak Liga Malaysia 2019!

Sila hantar video rakaman anda menonton perlawanan bolasepak ke media@footballmalaysia.com sebelum jam 11.59 malam, 18 Februari 2020 (Selasa).

Apa tunggu lagi? Ayuh kongsikan video anda kepada kami dan berpeluang bertemu secara eksklusif pemain kegemaran anda!

TERMA DAN SYARAT PERTANDINGAN 'BILA AKU DI STADIUM'

  1. Pertandingan akan diadakan setiap bulan bermula bulan Februari sehingga Disember 2020.
  2. Pertandingan akan diadakan pada setiap awal bulan dan berlangsung selama 2 minggu. 
  3. Peminat hanya boleh menghantar hanya 1 penyertaan seorang bagi setiap bulan. 
  4. Peminat perlu menghantar penyertaan menerusi emel media@footballmalaysia.com berserta nama penuh, alamat, pasukan kegemaran dan nombor telefon.
  5. Video yang dihantar mestilah video asli daripada peminat yang menghantar penyertaan dan sekiranya ia adalah video ciplak penyertaan tersebut serta merta akan disingkirkan. 
  6. Video yang dihantar boleh merangkumi segala elemen yang terdapat di perkarangan atau di dalam stadium.
  7. Tiga video yang menarik akan di muat naik di Facebook MFL dan yang memperolehi paling banyak ‘like’ akan dipilih sebagai pemenang. 
  8. Nama pemenang akan diumumkan seminggu selepas tarikh tutup pertandingan.
  9. Pemenang akan dihubungi oleh pihak MFL dan MFL akan mengatur pertemuan pemenang dengan pemain kesukaan mereka. 
  10. Peserta bersetuju bahawa semua penyertaan yang dihantar akan menjadi hak milik MFL dan MFL berhak untuk menyiarkan kandungan video dan nama peserta untuk tujuan promosi pemasaran ataupun komersil.
  11. Sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi dalam masa 24 jam, hadiah akan diberi kepada pemenang kedua.
  12. Pertandingan ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia kecuali staf MFL. 
  13. Segala kos untuk bertemu pemain kesayangan pemenang akan ditanggung sepenuhnya oleh pemenang tersebut. 
  14. MFL hanya terlibat untuk mengatur pertemuan di antara pemenang dan pemain.
  15. MFL tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana kerugian, kemalangan atau gangguan yang ditanggung atau dialami berpunca daripada pertandingan ini.