PENGESAHAN JADUAL TM PIALA MALAYSIA 2021

September 25, 2021



Adalah dimaklumkan bahawa jadual pertandingan TM Piala Malaysia telah dikemaskini seperti berikut:

1. Pengesahan Pasukan Kedudukan ke-5 Liga Premier 2021

Setelah tamat perlawanan Liga Premier 2021 di antara Kuching City FC dan Kelantan United FC pada 24 September 2021 di Stadium Majlis Bandaraya Pasir Gudang yang berkesudahan Kelantan United FC menewaskan pasukan Kuching City FC dengan 3-1 maka, pasukan Kelantan United FC telah berjaya mengisi slot terakhir pasukan yang layak ke pertandingan TM Piala Malaysia 2021.

Kelantan United FC dikira layak ke pertandingan TM Piala Malaysia 2021 setelah perkiraan jumlah jaringan gol sebanyak 25 gol berbanding 22 gol oleh PDRM FC.

2. Pindaan Tarikh Perlawanan PM2 dan PM4 Kelantan United FC

Pindaan perlawanan seperti di bawah ini dibuat kerana pasukan Kelantan FC dan Kelantan United FC berkongsi venue iaitu Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

PERLAWANAN: PM2, Kelantan United FC lwn Negeri Sembilan FC

TARIKH BAHARU: Jumaat, 1 Oktober 2021

VENUE: Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu

WAKTU SEPAK MULA: 9:00 malam

 

PERLAWANAN: PM4, Kelantan United FC lwn Melaka United FC

TARIKH BAHARU: Isnin, 1 November 2021

VENUE: Stadium Sultan Muhammad Ke-IV, Kota Bharu

WAKTU SEPAK MULA: 9:00 malam

 

3. Pindaan Tarikh Perlawanan Peringkat Kumpulan ke-5 (PM5) dan Terakhir (PM6) Bagi Kumpulan C.

MFL memutuskan untuk meminda perlawanan PM5 dan PM6 yang melibatkan Kumpulan C bagi mengelakkan pertembungan venue Kelantan FC dan Kelantan United FC yang berkongsi Stadium Sultan Muhammad ke-IV sebagai venue bagi perlawanan PM6.

Seperti semua pihak sedia maklum perlawanan terakhir peringkat kumpulan akan dijalankan secara serentak bagi kelayakan ke peringkat suku akhir. Sehubungan dengan itu, MFL memutuskan untuk meminda perlawanan C9, C10, C11 dan C12 seperti di dalam jadual yang dilampirkan.

 

Sebarang perubahan dan pindaan Kalendar serta Jadual Pertandingan MFL 2021 adalah tertakluk kepada keputusan Ahli Lembaga Pengarah MFL, Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 MFL dan Fasa Pelan Pemulihan Negara.

Muat turun jadual terkini TM Piala Malaysia di sini.