PANDUAN PENYOKONG PERLAWANAN AKHIR unifi PIALA MALAYSIA 2018

October 26, 2018



Malaysian Football League (MFL) akan menerangkan kepada para penyokong yang akan hadir pada perlawanan Akhir unifi Piala Malaysia 2018 yang diadakan di Stadium Shah Alam pada Sabtu, 27 Oktober 2018 seperti yang berikut :

[PINTU DIBUKA · Kemasukan ke dalam Stadium]

  • 4 Petang

 

  • Maklumat Pintu Kemasukan Stadium: PINTU B & C (Penyokong Terengganu FC), PINTU A & D (Penyokong Perak).
  • Pelan Kedudukan Penyokong : KUADRAN B & C (Penyokong Terengganu FC), KUADRAN A & D (Penyokong Perak).

""

  • Maklumat Kemasukan Semula (selepas tiket digunakan):
    • Para penyokong dinasihatkan untuk bersedia lebih awal sebelum memasuki Stadium.
    • Penyokong hanya boleh berlegar di dalam Stadium setelah tiket digunakan.
    • Pihak polis tidak akan membenarkan kemasukan semula dengan tiket yang telah digunakan bagi mengelakkan gejala kemasukan secara haram.

[TEMPAT LETAK KERETA – Pembahagian Mengikut Penyokong]

  • Keseluruhan tempat letak kereta berjumlah 5122 petak dimana pihak polis telah membahagikan bahagian-bahagian tertentu yang berbeza bagi penyokong kedua-dua pasukan.
  • Bagi penyokong Terengganu FC (Label W), tapak tempat letak kereta ialah di belah Barat Stadium. Tempat letak bas pula ialah berdekatan Jalan AEON ke Jalan Akuatik.
  • Bagi penyokong Perak (Label E & N), tapak letak kereta ialah di belah Timur Stadium. Tempat letak bas pula ialah berdekatan Wisma Rozali.

Rujuk infografik dibawah bagi maklumat lanjut.

""

[LALUAN MASUK PENONTON – Daripada Timur (Terengganu FC) & Daripada Utara (Perak)]

  • DARI TIMUR – MELALUI TOL EBOR
  1. Menaiki Kereta – F/Highway -> Bulatan Melawati -> Bulatan Kayangan -> Bulatan Stadium (Parkir W dan Kawasan Kedai Sekyen 13, Hadapan Stadium)
  2. Menaiki Bas – Jejantas Batu 3 -> Jalan Subang -> Persiaran Sukan -> Jalan Akuatik 13/64 (Hadapan Aeon Mall)
  • DARI UTARA – MELALUI LEBUHRAYA GCE & NKVE
  1. Menaiki Kereta – Jalan Subang -> Lampu Isyarat Monfort -> Jalan Lontar Cakera -> Persiaran Sukan -> Parkir N2-N5
  2. Menaiki Kereta –  Jalan Subang -> Persiaran Sukan -> Persiaran Sukan -> Jalan Tukul Besi -> Parkir N2-N5
  3. Menaiki Bas – Parkir Bazararena

[AMARAN PIHAK POLIS]

  1. Dilarang membawa dan membakar suar, bahan letupan, mercun dan bunga api di dalam/ luar stadium.
  2. Dilarang membaling/melempar sebarang jenis objek ke dalam padang dan tempat duduk penonton lain.
  3. Dilarang menimbulkan huru-hara dan kekecohan.
  4. Pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan ke atas mana-mana individua tau kumpulan yang melakukan sebarang kesalahan dan kekecohan dan tidakan tegas akan dikenakan kepada pesalah.

(Info dari Ibu Pejabat Shah Alam, Selangor Darul Ehsan)

Diharapkan dengan maklumat ini segala perancangan perjalanan pihak penyokong Terengganu FC dan Perak akan berjalan lancar demi pengalaman terbaik kedua-dua penyokong dalam perlawanan akhir unifi Piala Malaysia 2018