MFL UMUM SENARAI CALON LIMA KATEGORI ABK 2020 VIRTUAL

December 20, 2020



Saat yang dinanti-nantikan penyokong tempatan akhirnya tiba apabila Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan senarai 50 calon bagi lima kategori Anugerah Bolasepak Kebangsaan 2020 (ABK20) Virtual pada 30 Disember.

50 calon itu melibatkan 40 pemain dan 10 jurulatih Liga Malaysia yang akan bersaing bagi kategori Penjaga Gol Terbaik, Pertahanan Terbaik, Pemain Tengah Terbaik, Penyerang Terbaik dan Jurulatih Terbaik.

Mereka ini telah disenarai pendek oleh Jawatankuasa Saringan ABK20 Virtual selepas menilai prestasi 567 jumlah keseluruhan pemain yang beraksi dalam Liga Malaysia termasuk pemain muda yang berdaftar di Piala Presiden dan Piala Belia.

Namun seramai 344 pemain sahaja memenuhi kriteria yang ditetapkan iaitu beraksi sekurang- kurangnya 50 peratus daripada keseluruhan perlawanan Liga Malaysia bagi musim 2020.

Apa yang menarik ABK20 Virtual buat kali pertama membuka undian kepada penyokong dalam pemilihan pemenang bersama dengan pengundian juri professional yang terdiri daripada pemain, jurulatih dan media.

Konsep undian penyokong diambil kira memandangkan perlawanan musim ini terpaksa disingkatkan akibat pandemik COVID-19 dengan saingan CIMB Liga Super dan Liga Premier berlangsung separuh pusingan, manakala Piala FA dan TM Piala Malaysia dibatalkan.

Bagaimanapun pemenang bagi Anugerah Pasukan Terbaik yang turut dipertandingkan dalam ABK20 Virtual akan ditentukan oleh Jawatankuasa Teknikal.

Senarai 10 calon yang terpilih bagi setiap kategori ini akan dihantar kepada juri profesional yang terdiri daripada 24 ketua jurulatih, 24 ketua pasukan dan 24 wakil media bagi menyumbang 70 peratus kiraan mata.

Sementara baki 30 peratus kiraan mata ABK20 Virtual akan diundi oleh penyokong menerusi undian di platform Elfo bermula jam 10 pagi esok (21 Disember 2020) sehingga Jumaat (25 Disember 2020) 11.59 malam.

Penyokong boleh mengundi di platform undian menerusi pautan yang akan MFL paparkan di laman media sosial Facebook, Instagram dan Twitter MFL esok.

Pemenang akan dimuktamadkan daripada 70 peratus kiraan mata juri profesional dan 30 peratus kiraan mata undian peminat.

Pada majlis ABK20 Virtual itu nanti, pihak MFL turut akan menyampaikan pemenang Kasut Emas 2020 dan Penjaring Terbanyak CIMB Liga Super 2020 iaitu Ifedayo Omosuyi yang meledak 12 Gol bersama Selangor.

Shahrel Fikri yang mengumpul 10 gol bersama Perak akan menerima Anugerah Penjaring Terbanyak Tempatan CIMB Liga Super 2020 manakala penyerang Pulau Pinang Casagrande yang menghasilkan 9 gol dinobatkan selaku Penjaring Terbanyak Liga Premier 2020.

Turut mencuri perhatian, penyerang muda Selangor 2 Danial Asri yang meraih gelaran Penjaring Terbanyak Tempatan Liga Premier 2020 dengan ledakan 7 gol.

Berikut adalah senarai penuh calon lima kategori ABK20 Virtual:

PENJAGA GOL TERBAIK

1 Farizal Marlias – Johor Darul Ta’zim (JDT)

2 Iqbal Suhimi – Kuching FA

3 Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi – PJ City FC

4 Khairul Fahmi Che Mat – Melaka

5 Khairulazhan Khalid – Selangor

6 Remezey Che Ros – UKM FC

7 Samuel Somerville – Pulau Pinang

8 Sharbinee Allawee Ramli – Pahang

9 Suhaimi Husin – Terengganu FC II

10 Zamir Selamat – Kuala Lumpur

 

PERTAHANAN TERBAIK

1 Aidil Zafuan Abd. Radzak – JDT

2 Azmi Muslim – Pulau Pinang

3 La’Vere Corbin-Ong – JDT

4 Matthew Davies – JDT

5 Rafiuddin Roddin – Perak

6 Shahrul Nizam Ros Hasni – Kelantan

7 Shahrul Saad – Perak

8 Shakir Hamzah – Kedah

9 Victor Nirennold – UiTM FC

10 Wan Amirul Afiq Wan Ab Rahman – Melaka

 

PEMAIN TENGAH TERBAIK

1 Afiq Fazail – JDT

2 Brendan Gan – Selangor

3 Faisal Abdul Halim – Pahang

4 Gonzalo Cabrera – JDT

5 Leandro dos Santos – Perak

6 Leandro Velazquez – JDT

7 Lee Tuck – Terengganu FC

8 Nor Azam Abdul Azih – Pahang

9 Safawi Rasid – JDT

10 Syahmi Safari – Selangor

 

PENYERANG TERBAIK

1 Casagrande – Pulau Pinang

2 Diogo – JDT

3 Dominique da Sylva – Terengganu FC

4 Engku Nur Shakir Engku Yacob – Terengganu FC II

5 Fernando Rodriguez – JDT II

6 Francis Kone – Kuala Lumpur

7 Ifedayo Omosuyi – Selangor

8 Ramadhan Saifullah Usman – JDT

9 Shahrel Fikri Fauzi – Perak

10 Tchetche Kipre – Kedah

 

JURULATIH TERBAIK

1 Aidil Sharin Sahak – Kedah

2 Akira Higashiyama – Kuching FA

3 Benjamin Mora – JDT

4 Frank Bernhardt – UiTM

5 Manzoor Azwira Abd Wahid – Pulau Pinang

6 Mehmed Durakovic – Perak

7 Michael Feichtenbeiner – Selangor

8 Nafuzi Zain – Terengganu FC

9 Nidzam Adzha Yusoff – Kuala Lumpur

10 Yusri Che Lah – Kelantan

 

Sebagai rekod, Anugerah seperti Pemain Muda Harapan, Pemain Import Terbaik, Pemain ASEAN Terbaik, Penyokong Terbaik, Fan XI, Pemain Paling Popular, Laman Web Terbaik, Media Sosial Terbaik, Anugerah Mesra Media, Anugerah Komuniti, Anugerah Persahabatan, AFL Liga M3 – Pasukan Terbaik, AFL Liga M3 – Pemain Terbaik, Pengadil Berpotensi dan Anugerah Fair Play tidak dipertandingkan dalam ABK20 Virtual.