LALIGA MENGADAKAN KURSUS KHUSUS UNTUK EKSEKUTIF MALAYSIAN FOOTBALL LEAGUE DAN KELAB LIGA MALAYSIA

February 10, 2022



Satu langkah ke hadapan dalam perjanjian yang ditandatangani dengan liga tempatan diselaraskan oleh LaLiga melalui jabatan pendidikannya, LaLiga Business School.

LaLiga telah meneruskan kerjasama bersama Malaysian Football League (MFL) dengan mencipta perkongsian serta bertukar pengetahuan bersama liga dan persekutuan bola sepak terbaik dunia di peringkat antarabangsa.

LaLiga telah menyediakan kursus pengurusan khusus kepada eksekutif MFL dan kelab Liga Malaysia yang terdiri daripada 21 peserta di mana latihan dibuat dalam talian selama tiga hari dengan memberikan tumpuan kepada beberapa kejayaan pertumbuhan, kejayaan dan proses perkembangan LaLiga.

Program Kawalan Ekonomi (ECP) yang dilaksanakan oleh LaLiga pada tahun 2013, telah mencapai persaingan yang sihat daripada segi kewangan dan lebih seimbang, pemasaran sukan yang lebih baik, penjualan hak audiovisual secara berpusat, pendigitalan dan proses pengantarabangsaan yang berjaya.

Antara topik lain yang turut dibincangkan di dalam kursus itu adalah tanggungjawab sosial korporat, penggunaan Data Besar dalam industri sukan, aplikasi dan permainan serta pengaktifan jenama.

Kursus itu juga merupakan sebahagian daripada projek kerjasama yang sedang diusahakan oleh kedua-dua liga selepas menandatangani MoU (memorandum persefahaman) pada 2018, yang telah disahkan tahun lepas oleh Óscar Mayo, pengarah besar eksekutif LaLiga dan Dato’ Ab Ghani Hassan, Presiden MFL.

Hasilnya, LaLiga telah mengorak langkah ke hadapan dalam komitmennya terhadap latihan yang berkualiti dan khusus, serta strategi berkongsi dan bertukar pengetahuan dengan liga dan persekutuan lain di seluruh dunia untuk membantu dalam pembangunan bola sepak di peringkat antarabangsa.

Oleh itu, MFL mewakili Malaysia menyertai beberapa negara di mana LaLiga Business School sedang membangunkan projek pendidikan, termasuk perjanjian dengan CBF Academy of the Brazilian Football Confederation, serta dengan universiti berprestij seperti University of Canberra (Australia), ESLSCA University (Mesir), Sasin (Thailand) dan Universiti Columbia (Amerika Syarikat).