KEMASKINI JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER DAN LIGA PREMIER 2022

February 21, 2022



Malaysian Football League (MFL) telah kemaskini jadual rasmi musim baharu Liga Malaysia 2022 yang bakal membuka tirai pada Jumaat, 4 Mac dengan empat perlawanan Liga Super 2022, manakala saingan Liga Premier 2022 akan bermula pada Sabtu, 5 Mac.

Penjadualan ini telah mengambil kira perkara-perkara berikut:

  1. Kalendar FIFA 2022 yang melibatkan latihan Pasukan Kebangsaan
  2. Pusingan Kelayakan Piala Asia 2023
  3. Pertandingan AFC Champions League 2022 dan Pertandingan AFC Cup 2022
  4. Pertandingan Piala FA 2022
  5. Pertandingan Piala Malaysia 2022
  6. Hari pelepasan am persekutuan dan negeri 2022 yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri
  7. Tempoh rehat dan perjalanan kelab minima 2 hari (48 jam) turut diambil kira terutama isu logistik dan penerbangan ke Sabah dan Sarawak

Klik untuk muat turun jadual terkini Liga Super 2022 dan Liga Premier 2022.