JADUAL PUSINGAN KELAYAKAN PIALA FA 2020

February 12, 2020



Saingan Pusingan Kelayakan Piala FA Malaysia yang melibatkan 30 pasukan amatur dari Liga M3 dan Liga M4 bakal membuka tirai pada 15 dan 16 Februari 2020.

Pasukan Nossa Bukit Jelutong FC layak terus ke pusingan pertama (FA1) setelah penyertaan Kluang FA dibatalkan.

Lapan pasukan lain yang layak secara terus ke pusingan FA1 hasil majlis undian yang dijalankan pada 29 Januari lalu ialah Kuatagh FC, Staroba FC, Thai Selangor FC, Imigresen FC, KSR Sains, Kickers FC, Tun Razak City FC dan Norfarhan FC.

KEMASKINI 12/02/2020:
Pengesahan venue, waktu sepak mula dan hari perlawanan-perlawanan berikut:
 

FA (PR)
TARIKH NO. PER. PTR PL VENUE SEPAK MULA
SABTU 15/02/2020 1 ANDERSONIAN FC SA UNITED FC PADANG PCRC, IPOH 4.15 PTG
9 MARKLESS ST SPIRITO FC STADIUM MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA 4.15 PTG
AHAD
16/02/2020
8 HARINI KS FC KUALA PERLIS FC STADIUM UTAMA KOMPLEKS SUKAN, KUALA SELANGOR 4.15 PTG

Perlawanan Andersonian FC lwn SA United FC sah akan berlangsung di Padang PCRC, Ipoh manakala Markless ST lwn Spirito FC akan berlangsung di Stadium Majlis Perbandaran Subang Jaya.

Perlawanan Harini KS FC lwn Kuala Perlis FC akan berlangsung di Stadium Utama Kompleks Sukan, Kuala Selangor dan perlawanan dipinda ke hari Ahad, 16 Februari 2020.

Anda boleh muat turun PDF jadual perlawanan Pusingan Kelayakan Piala FA 2020 di sini.