BORAK BOLA EPISOD 3

May 17, 2020



Sesi Borak Bola secara maya kembali untuk episod ketiga dengan edisi legenda! Kali ini, penyokong-penyokong bertuah berpeluang untuk menyertai sesi sembang santai bersama Akmal Rizal Rakhli, Safee Sali dan Hairuddin Omar!

Hantarkan soalan yang anda ingin tujukan kepada pemain di atas kepada kami berserta hashtag #BorakBolaMFL dalam ruangan komen post Borak Bola di laman Facebook, Twitter dan Instagram rasmi MFL sebelum jam 12 tengah hari, Isnin 18 Mei 2020.

Dua (2) peminat bertuah akan dipilih untuk menyertai sesi Borak Bola secara maya melalui aplikasi Zoom dengan mereka!

TERMA DAN SYARAT:

  1. Terbuka kepada semua peminat Liga Malaysia.
  2. Dua (2) peminat yang bertuah akan dipilih berasaskan kualiti soalan mereka.
  3. Pihak MFL akan menghubungi peminat yang dipilih melalui DM (“Direct Message”).
  4. Peminat yang dipilih mesti respon dalam masa yang ditetapkan.
  5. Jika dipilih, peminat tersebut secara automatik bersetuju dengan terma dan syarat penyertaan.
  6. Peminat yang dipilih dikehendaki muat turun aplikasi Zoom menerusi telefon pintar atau menggunakannya melalui laman web Zoom.
  7. Peminat yang dipilih TIDAK DIBENARKAN UNTUK BERKONGSI KOD ID DAN KATA LALUAN PANGGILAN ZOOM DENGAN INDIVIDU LAIN.
  8. Anda akan mematuhi tatacara sesi bual dan mematuhi nasihat pengacara.
  9. Anda TIDAK DIBENARKAN UNTUK MEREKOD SESI PANGGILAN VIDEO TERSEBUT.
  10. Tetapi, anda dibenarkan untuk mengambil gambar ataupun “screenshot” sesi panggilan video tersebut. Gambar dan Screenshot ini boleh digunakan oleh anda untuk posting di media sosial.
  11. Peserta yang melanggar tatacara sesi bual akan dikeluarkan dari sesi panggilan video oleh pengacara.
  12. MFL berhak untuk menyiarkan kandungan video dan imej peserta untuk tujuan promosi pemasaran ataupun komersil.
  13. MFL tidak akan bertanggungjawab ke atas mana-mana kerugian, kecederaan, kemalangan atau gangguan yang ditanggung atau dialami berpunca daripada peraduan ini.