AKSI PIALA FA MELAKA UNITED FC, PIB FC DITUNDA

March 11, 2022



Malaysian Football League (MFL) mengumumkan perlawanan pusingan pertama Piala FA yang menemukan Melaka United FC (MUFC) dengan PIB FC di Stadium Hang Jebat pada 12 Mac 2022 (Sabtu) terpaksa ditunda ke tarikh baharu.

Ia susulan seramai 20 pemain dan pegawai MUFC telah disahkan positif COVID-19.

Oleh demikian, pengurusan kelab MUFC telah mengemukakan permohonan beserta laporan doktor pasukan, keputusan ujian dan MySejahtera pemain dan pegawai yang terlibat kepada MFL agar perlawanan mereka menentang PIB FC ditunda.

MFL ingin menzahirkan rasa simpati kepada barisan pemain dan pegawai MUFC yang disahkan positif COVID-19 dan semoga mereka akan kembali sembuh.