AKSI LIGA SUPER TERENGGANU FC, NEGERI SEMBILAN FC DITUNDA

March 8, 2022



Malaysian Football League (MFL) mengumumkan perlawanan Liga Super yang menemukan Terengganu FC (TFC) dan Negeri Sembilan FC (NSFC) di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin pada 9 Mac 2022 (Rabu) terpaksa ditunda ke tarikh baharu.

Ia susulan seramai 15 pemain dan pegawai NSFC telah disahkan positif COVID-19 sekali gus perlawanan kedua-dua pasukan itu dalam pusingan pertama Piala FA 2022 pada 13 Mac 2022 (Ahad) di venue yang sama juga terpaksa ditunda.

MFL ingin menzahirkan rasa simpati kepada barisan pemain dan pegawai NSFC yang disahkan positif COVID-19 dan semoga mereka akan kembali sembuh.