AKSI KUCHING CITY FC DITUNDA

March 18, 2022



Malaysian Football League (MFL) mengumumkan perlawanan Liga Premier Kuching City FC bertemu Terengganu FC II di Stadium Negeri, Kuching pada 19 Mac 2022 (Sabtu) terpaksa ditunda ke tarikh baharu.

Ia susulan seramai 18 pemain dan pegawai Kuching City FC telah disahkan positif COVID-19 sekali gus perlawanan menentang Selangor FC 2 di Stadium UiTM, Shah Alam pada 27 Mac 2022 juga terpaksa ditunda.

MFL ingin menzahirkan rasa simpati kepada barisan pemain dan pegawai Kuching City FC yang disahkan positif COVID-19 dan semoga mereka akan kembali sembuh.