Menjelang sepak mula musim baharu, pasukan-pasukan Liga Super dan Liga Premier sudah menyenaraikan pemain baharu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia 2021. Tempoh pendaftaran pemain pertama musim 2021 telah dibuka pada 21 November 2020. Berdasarkan pengumuman rasmi pasukan-pasukan setakat ini, berikut adalah senarai perpindahan pemain setakat 3 Mac 2021: *Maklumat di bawah adalah berasaskan pengumuman […]
March 3, 2021
Selepas menduduki tangga kelapan dalam Liga Super 2020, Sri Pahang FC pastinya mahu tampil dengan lebih kuat untuk menjadi antara pasukan digeruni meskipun telah kehilangan beberapa pemain yang berkualiti seperti Mohamadou Sumareh, Nik Sharif Haseefy dan Faisal Abdul Halim pada musim ini. Dengan kehadiran jurulatih kelahiran Jerman, Thomas Dooley yang menggantikan Dollah Salleh untuk membimbing […]
March 2, 2021
unifi hari ini mengumumkan bahawa ia akan terus menyatukan peminat bola sepak dan seluruh rakyat Malaysia dengan membawakan perlawanan Piala Sumbangsih dan Liga Super 2021 melalui unifi TV, aplikasi unifi PlayTV serta menerusi saluran YouTube unifi. Rakyat Malaysia dari seluruh negara akan kembali bergembira dengan kedatangan semula perlawanan bola sepak tempatan malah bersorak bagi menyokong […]
March 2, 2021
Biarpun dilanda ketidakpastian sebelum ini mengenai status penyertaan Liga Malaysia sebelum membuat pengesahan rasmi untuk beraksi dalam minggu lalu, Perak FC II kekal bersemangat bagi saingan Liga Premier 2021. Di bawah sentuhan pengendali, Syamsul Mohd Saad yang pernah melatih skuad Perak pada 2015 dan 2016, Perak II akan memperlihatkan banyak perbezaan berbanding musim lalu. Tanpa […]
March 2, 2021
Berbaki kurang dua minggu lagi sebelum bermulanya saingan Liga Malaysia 2021, Perak FC telah mengumumkan penamatan kontrak ketua jurulatih, Mehmet Durakovic berkuat kuasa 19 Februari lalu. Pengumuman tersebut semestinya mengejutkan kerana ia satu keputusan yang cukup berat dibuat oleh Durakovic namun atas urusan keluarga, beliau terpaksa memilih untuk kembali ke Australia dan meninggalkan Perak FC. […]
March 1, 2021
Hari ini menjadi detik penting buat arena bola sepak tanah air apabila saingan Liga Malaysia 2021 dilancarkan secara rasmi oleh Menteri Belia dan Sukan, Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican bersama Presiden Malaysian Football League (MFL), Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin. Majlis pelancaran yang diadakan dengan meriah sebagai simbolik buat 23 pasukan menggalas perjuangan […]
March 1, 2021
Kemunculan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kelantan FC, Norizam Tukiman musim ini seolah-olah seperti fajar baharu yang sedang menyingsing buat peminat setia bola sepak Kelantan. Setelah sekian lama terumbang-ambing dihimpit pelbagai masalah, musim 2021 mungkin akan jadi detik permulaaan kebangkitan semula bola sepak Kelantan di saingan Liga Malaysia. Jurulatih dari Itali, Marco Ragini yang memiliki pengalaman […]
February 28, 2021
Malaysian Football League (MFL) menyarankan barisan petugas media sukan bola sepak Malaysia supaya mengambil RTK Antigen bagi memastikan keselamatan gelembung Liga Malaysia. Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, pihaknya sentiasa menghargai peranan media yang turut dianggap salah satu petugas barisan hadapan dalam tempoh pandemik COVID-19 ini. Jelasnya, MFL sentiasa mencari mekanisme terbaik […]
February 28, 2021
Malaysian Football League (MFL) mengumumkan pindaan jadual Liga Premier 2021 susulan permohonan pertukaran venue oleh Sarawak United FC dan Kuching City FC telah diluluskan menerusi Mesyuarat Khas Ahli Lembaga Pengarah MFL hari ini. MFL dalam satu kenyataan rasmi hari ini memaklumkan, Sarawak United FC yang sebelum ini mendaftarkan Stadium Majlis Perbandaran Selayang sebagai venue tuan […]
February 28, 2021
Selepas menamatkan kedudukan di tangga keenam dalam saingan Liga Super musim lalu, UiTM FC kini dilihat lebih serius untuk memburu kedudukan lebih cemerlang dengan membariskan pemain-pemain lebih mantap bagi memperkuatkan pasukan musim ini. Nyata, musim lalu boleh dianggap permulaan yang cukup baik untuk UiTM menerusi penampilan kali pertama di pentas Liga Super pada musim lalu […]
February 27, 2021