UNIFI LIGA SUPER MALAYSIA 2018 | MEHMET DURAKOVIC ANGGAP PERAK SEBAGAI SEBUAH KELUARGA

May 8, 2018



Ketua Jurulatih Perak, Mehmet Durakovic gembira dengan prestasi dipamerkan anak buahnya dalam saingan unifi Liga Super Malaysia musim ini dan yaki prestasi positif ini mampu dikekalkan dalam perlawanan menentang Melaka pada Sabtu nanti.

The Bos Gaurus telah meraih lima kemenangan berturut-turut dengan perlawanan terakhir menewaskan Terengganu 3-2 di halaman sendiri Ahad lalu hasil dua jaringan Gilmar dan satu daripada Wander Luiz.

Bagaimanapun, bekas pemain dan jurulatih Selangor itu tidak mahu pasukannya terbuai dengan kemenangan berturut-turut ini kerana aksi liga musim ini masih panjang.

""

"Keyakinan dan moral dipamerkan pasukan ini sangat tinggi buat masa ini," katanya.

"Ini sangat menyenangkan apabila kami berjaya meraih banyak kemenangan namun kami tidak boleh leka kerana perjalanan masih panjang.

Mehmet Durakovic turut memuji pemain importnya (Gilmar, Wander Luiz, Misagh Bahadoran, Leandro Dos Santos dan Robert Cornthwaite) kerana mampu menyesuaikan diri dengan rakan sepasukan dengan pantas.

""

"Agak sukar sebenarnya untuk pemain import untuk datang ke Malaysia dan menyesuaikan diri disini. Mereka perlu tahu budaya, sistem dan cara permainan disini tetapi kami tetap memberi mereka masa dan ruang untuk menyesuaikan diri.

"Kami di Perak adalah satu keluarga dan ini membantu kami mengenali antara satu sama lain.

Perak juga tidak merancang untuk membuat sebarang pertukaran pemain import mereka ketika musim perpindahan ini.