[UNIFI LIGA SUPER MALAYSIA 2018] AKHYAR RASHID NADI KEMENANGAN KEDAH ATASI NEGERI SEMBILAN

May 16, 2018



Jaringan kemenangan Akhyar Rashid awal babak pertama menghampakan skuad Hobin Jang Hobin dengan keputusan 2-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman di Paroi malam tadi.

Strategi ketua jurulatih Kedah, Muhd Nidzam Adzha Yusoff untuk memburu jaringan awal ternyata berhasil apabila pemain tengah Kedah, Liridon Kraniqi membuka jaringan buat pasukan pelawat seawal minit ke-8 dan tujuh minit kemudian Akhyar menggandakan kedudukan.

Nidzam berpuas hati dengan prestasi anak buahnya serta turut memuji kematangan permainan Akhyar dalam perlawanan tersebut biarpun hanya berumur 19 tahun.

""

"Akhyar cepat matang untuk menyesuaikan diri dalam perlawanan di peringkat yang tinggi," Nidzam kata.

"Dalam perlawanan di Paroi, Negeri Sembilan bermain dengan agak tinggi sekaligus membuka ruang di bahagian pertahanan. Akhyar selaku pemain yang mempunyai kelajuan yang baik memberikan Kedah beberapa serang balas yang cukup berkesan."

Akhyar kini dalam prestasi terbaik apabila telah menjaringkan dua gol dan dua bantuan gol dalam tiga perlawanan terakhir di laman lawan apabila beliau disenaraikan dalam kesebelasan utama.

""

Pada separuh masa kedua, harapan Negeri Sembilan untuk bangkit bagi meraih sekurang-kurangnya satu mata kembali menyala apabila Flavio Beck Junior menjaringkan gol tunggal Negeri Sembilan pada minit ke-76 namun gagal untuk mendapatkan gol penyamaan sehingga tamat perlawanan.

Negeri Sembilan kini terperosok di tangga terbawah unifi Liga Super

Malaysia 2018 terdesak untuk meraih kemenangan apatah lagi ini merupakan perlawanan pertama kendalian Mario Lemos yang menggantikan Azraai Khor.

Selain itu, perlawanan ini turut menyaksikan pemain import baru Negeri Sembilan Alex Moraes daripada Pahang membuat debut pertamanya untuk Negeri Sembilan.