MFL UMUM PINDAAN JADUAL PERLAWANAN LIGA MALAYSIA 2021

July 16, 2021



Adalah dimaklumkan bahawa Malaysian Football League (MFL) telah meluluskan pindaan-pindaan seperti berikut:

1. PINDAAN VENUE PASUKAN TUAN RUMAH SELANGOR FC

VENUE ASAL: STADIUM MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

VENUE PINDAAN: STADIUM BOLASEPAK KUALA LUMPUR, CHERAS DAN STADIUM HANG JEBAT, MELAKA

Pindaan ini diluluskan kerana Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya berada di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

Venue perlawanan LS20, Selangor FC lwn Melaka United FC pada Selasa, 17 Ogos 2021 di Stadium Hang Jebat, Melaka akan dimaklumkan kemudian.

 

2. PINDAAN VENUE PASUKAN TUAN RUMAH UITM FC

VENUE ASAL: STADIUM UITM, SHAH ALAM

VENUE PINDAAN: STADIUM MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

Pindaan ini diluluskan kerana Stadium UITM, Shah Alam berada di dalam kawasan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD).

 

3. PINDAAN TARIKH PERLAWANAN LS18, UITM FC LWN PERAK FC

TARIKH ASAL: SABTU, 7 OGOS 2021

TARIKH PINDAAN: AHAD, 8 OGOS 2021

Pindaan ini diluluskan bagi mengelakkan pertembungan jadual diantara pasukan UITM FC dan pasukan Selangor FC 2 yang berkongsi venue (Stadium Majlis Perbandaran Manjung).

 

4. PINDAAN VENUE PASUKAN TUAN RUMAH SELANGOR FC 2

VENUE ASAL: STADIUM MAJLIS PERBANDARAN SELAYANG

WAKTU SEPAK MULA ASAL: 4.45 PETANG

VENUE PINDAAN: STADIUM MAJLIS PERBANDARAN MANJUNG

WAKTU SEPAK MULA PINDAAN: 9.00 MALAM

Pindaan ini diluluskan berdasarkan status Perintah Kawalan Pergerakan Diperketat (PKPD) di negeri Selangor dan juga hasil pemeriksaan venue Stadium Majlis Perbandaran Manjung yang telah dilakukan pada 12 Julai 2021.

 

5. WAKTU SEPAK MULA PERLAWANAN LP7 SELANGOR FC 2 LWN SARAWAK UNITED FC

WAKTU SEPAK MULA ASAL: 9.00 MALAM

WAKTU SEPAK MULA PINDAAN: 4.45 PETANG

Pindaan ini diluluskan atas faktor penjadualan vaksinasi Pasukan Selangor FC 2.

 

6. WAKTU SEPAK MULA KUCHING CITY FC DI STADIUM NEGERI, KUCHING

WAKTU SEPAK MULA ASAL: 8.15 MALAM

WAKTU SEPAK MULA PINDAAN: 4.15 PETANG

Pindaan ini diluluskan berlandaskan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBN) dan faktor logistik pasukan terutama dari segi pengurusan perlawanan dan keselamatan.

 

7. PINDAAN TARIKH PERLAWANAN LP14, KUCHING CITY FC LWN JOHOR DARUL TA’ZIM II

TARIKH ASAL: SELASA, 27 JULAI 2021

TARIKH PINDAAN: RABU, 28 JULAI 2021

Pindaan tarikh perlawanan tersebut diluluskan atas isu logistik dan penerbangan yang terhad ke negeri Sarawak. Kedua-dua Pasukan telah bersetuju dengan pindaan tarikh tersebut.

 

Klik untuk muat turun jadual Liga Super 2021 dan Liga Premier 2021 terkini.