PINDAAN JADUAL LIGA MALAYSIA 2021

April 7, 2021



Adalah dimaklumkan bahawa Malaysian Football League (MFL) telah meluluskan permohonan Sabah FC untuk meminda perlawanan LS8, Penang FC lwn Sabah FC di Stadium Bandaraya yang dijadualkan pada Jumaat, 9 April 2021 ke hari Ahad, 11 April 2021. Pindaan ini turut mendapat persetujuan Penang FC selaku Pasukan Tuan Rumah (PTR).

Selain itu, permohonan Kuching City FC supaya perlawanan seterusnya di laman sendiri (LP11) dimainkan di venue tempat lawan selaku pasukan pelawat diluluskan, berikutan tempoh kuarantin negeri Sarawak selama 14 hari masih dikekalkan bagi individu yang datang dari semenanjung Malaysia.

Kuching City FC yang pada asalnya akan beraksi di gelanggang sendiri bagi perlawanan Liga Premier 2021 pusingan LP11 pada Selasa, 27 April 2021 akan bertandang ke Stadium Perak, Ipoh menentang Perak FC II pada jam 10.00 malam.

Klik untuk muat turun jadual terkini Liga Super dan Liga Premier.

Untuk maklumat lanjut mengenai pindaan kalendar terkini.