PERJANJIAN MFL DAN PUMA SEBAGAI LIGA BOLA SEPAK PERTAMA DI ASIA MENGGUNAKAN BOLA SEPAK EDISI KHAS

September 7, 2021



Jenama sukan global PUMA, bersama dengan rakan pengedarnya – ACTIVE SPORTS hari ini dengan bangga mengumumkan kerjasama baharu bersama Malaysian Football League (MFL).

Melalui kerjasama ini, PUMA bakal menjadi pembekal bola pertandingan rasmi bagi semua pertandingan di bawah kendalian MFL.

Perjanjian jangka panjang ini akan bermula pada pertandingan TM Piala Malaysia 2021, dengan PUMA menyediakan semua bola perlawanan rasmi sehingga 2024.

Selain Piala Malaysia, pertandingan di bawah kelolaan MFL merangkumi Piala Sumbangsih, Liga Super, Liga Premier, Piala FA dan Challenge Cup.

MFL muncul liga bola sepak pertama di Asia bersama PUMA yang secara rasmi menghasilkan bola perlawanan edisi khas sekali gus mengukuhkan lagi portfolio PUMA di peringkat global.

Perjanjian ini bertambah menarik buat MFL apabila PUMA juga merupakan pembekal bola perlawanan rasmi La Liga, yang dibintangi duta PUMA berkelas dunia seperti Luis Suarez dan Antoine Griezmann serta turut digunakan dalam saingan Liga Bola Sepak Inggeris (EFL).

Bola pertandingan rasmi edisi khas MFL untuk TM Piala Malaysia 2021 bakal menggabungkan teknologi terkini yang dibangunkan oleh PUMA, direka untuk melengkapkan pelbagai gaya permainan selain menampilkan logo Piala Malaysia 100-Tahun.

 

 Kenyataan daripada PUMA

“Ia adalah suatu kebanggaan apabila dapat melancarkan kerjasama jangka masa panjang yang menarik ini bersama MFL.  Bola sepak sememangnya menjadi sebahagian daripada DNA PUMA.  Kami berharap dapat sentiasa membawa produk terbaik dalam bola sepak, sentiasa bersedia berdepan cabaran dan terus berinovasi.

“Selaras dengan gerakan global Faster Football yang baharu dilancarkan, kami percaya bahawa kerjasama ini akan membuktikan komitmen kami untuk mendorong komuniti bola sepak tempatan bergerak ke hadapan dan menjadi inspirasi bagi semua anak muda Malaysia.  Tujuan utama kami adalah untuk mengatasi halangan & cabaran, dengan mempercepatkan permainan menerusi produk inovatif – dan ini adalah dorongan kami dalam mencapai Faster Football.

“Kami amat gembira dengan peluang yang akan dihasilkan oleh perkongsian ini, dan kami menantikan kolaborasi masa depan,” kata Steven Tan, Pengurus Besar PUMA Malaysia.

 

 Kenyataan daripada ACTIVE SPORTS

“Kami amat berbangga dapat bekerjasama dengan MFL. Active Sports telah menaja beberapa pasukan terkemuka di Liga Malaysia, dan kami sangat gembira untuk meningkatkan tahap penglibatan kami bersama badan pengelola Liga Malaysia,” kata S. Murugeson, pemilik ACTIVE SPORTS.

“Peluang untuk bekerjasama dengan MFL dan PUMA dalam menghasilkan Bola Perlawanan Edisi Khas merupakan tonggak pencapaian penting dalam sejarah bola sepak Malaysia”.

“Kerjasama ini memberi kami peluang untuk mempamerkan produk bertaraf antarabangsa menggunakan teknologi terkini dalam dunia bola sepak yang memberi manfaat kepada pemain dan pertandingan serta dapat dinikmati oleh jutaan penyokong Malaysia.

“ACTIVE SPORTS mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada Presiden MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan dan mantan Presiden MFL, Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin atas kerja keras mereka dalam meningkatkan nilai komersial Liga Malaysia. Terima kasih juga kepada Steven Tan dan keluarga PUMA Global yang bersama-sama, memberikan sokongan yang kuat dalam kerjasama ini.”

 

Kenyataan daripada MFL

“Tajaan ini menandakan kepercayaan dan keyakinan jenama sukan global PUMA terhadap jenama dan kualiti Liga Bola Sepak Malaysia yang menyaksikan peningkatan dari tahun ke tahun,” kata Presiden MFL, Dato ‘Ab Ghani Hassan.

Beliau menambah, “MFL amat gembira dengan perkongsian jangka panjang ini dengan PUMA dan ACTIVE SPORTS di kala kami berdepan cabaran akibat pandemik COVID-19.  Oleh itu, kami melihat ini sebagai kekuatan semua jenama kami.”

“Kami yakin bahawa PUMA & ACTIVE SPORTS akan mendapat hasil penajaan yang menggalakkan daripada perkongsian jangka panjang ini. Kerjasama bersama pihak PUMA dan Active Sports juga memastikan bahawa kelebihan teknologi bola dan juga produk-produk daripada PUMA dapat dinikmati oleh berjuta-juta peminat bola sepak tanahair melalui pelbagai rancangan promosi dan peraduan menarik yang akan kami aktifkan dalam masa terdekat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Stuart Ramalingam.

 

 

 

MFL SIGNS AGREEMENT WITH PUMA AS THE FIRST FOOTBALL LEAGUE IN ASIA WITH SPECIAL EDITION MATCH BALL

Global sports brand PUMA, together with its distribution partner – ACTIVE SPORTS, is proud to announce an exciting new partnership with the Malaysian Football League (MFL). Through this partnership, PUMA will be the official match ball provider for all MFL competitions.

This long-term agreement will commence at the TM Piala Malaysia 2021 competition, with PUMA providing all official match balls until 2024. Other than Piala Malaysia, competitions under the MFL include Piala Sumbangsih, Liga Super, Liga Premier, Piala FA, Challenge Cup.

The Malaysian Football League is the first football league in Asia with PUMA officially producing special edition match balls – adding to PUMA’s growing global portfolio. In addition to the MFL, PUMA is also the official match ball provider of the La Liga, which stars world class players such as Luis Suarez and Antoine Griezmann, and the English Football League (EFL).

The MFL special edition official match ball for TM Piala Malaysia incorporates the latest technology developed by PUMA, designed to complement the various styles of play, and features the 100-Year Piala Malaysia logo.

 

Statement from PUMA

“It is a great pleasure to be able to unveil this exciting long-term partnership with MFL. Football has always been part of the PUMA DNA. We hope to always bring the best products in football, challenge conventions, and constantly innovate.

In line with our recently launched global Faster Football movement, we believe that this partnership will demonstrate our commitment to pushing the local football community forward, and to being an inspiration for all young Malaysians. Our ultimate aim is to break down barriers by speeding up the game with innovative products – and this is how we are driven into a game of Faster Football.

We are excited about the opportunities this partnership will bring, and we look forward to future collaborations in the pipeline,” said Steven Tan, Country Manager of PUMA Malaysia.

 

Statement from ACTIVE SPORTS

 

“We are honoured to be in partnership with MFL. Active Sports has been sponsoring a few top-flight teams in the Malaysian League for quite some time now, and we are extremely excited to raise our level of involvement to the league’s governing body,” said Mr. S. Murugeson, owner of ACTIVE SPORTS.

“The opportunity to work with MFL and PUMA in producing the Special Edition Match Ball, is a significant milestone in Malaysian football history”.

“This partnership gives us the opportunity to showcase world-class products using the latest technology in the world of football, that can benefit players and the matches, and also, we created this so that it can also be enjoyed by the millions of Malaysian supporters.

“ACTIVE SPORTS takes this opportunity to thank MFL President Dato ‘Ab Ghani Hassan, and former MFL President Datuk Haji Hamidin Mohd Amin for their tireless work in boosting Liga Malaysia’s commercial value. In addition, special thanks to Steven Tan and the PUMA Global family who together, provided strong support in this partnership”

 

Statement from MFL

“This sponsorship signifies the trust and confidence of the global sports brand PUMA towards the brand and quality of the Malaysian Football League which sees year-on-year increase,” said MFL’s President, Dato ‘Ab Ghani Hassan.

He added, “MFL is very excited about this long-term partnership with PUMA and ACTIVE SPORTS, despite the challenging circumstances due to COVID-19. Thus, we see this as a strength of all our brands.”

“We are confident that PUMA & ACTIVE SPORTS will achieve encouraging sponsorship results out of this long-term partnership. The collaboration with PUMA & ACTIVE SPORTS also ensures that the advantages of PUMA’s technology in their footballs and other products can be enjoyed by millions of football fans in the country through various promotional programs & interesting contests that we will activate in the near future,” said MFL’s CEO, Mr. Stuart Ramalingam.