MFL UMUM JADUAL TM PIALA MALAYSIA 2021

September 20, 2021



Malaysian Football League (MFL) hari ini mengumumkan jadual TM Piala Malaysia 2021 yang akan membuka tirai pada Ahad, 26 September ini.

Perancangan jadual ini telah mengambil kira baki perlawanan dan perlawanan tertunda Liga Premier 2021, hari rehat serta hari perjalanan kelab yang menyertai pertandingan TM Piala Malaysia 2021.

Untuk makluman, pasukan kebangsaan akan mengadakan perlawanan persahabatan antarabangsa semasa tempoh FIFA Days serta akan menjalani tempoh kuarantin wajib selama 14 hari yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kedudukan lima pasukan Liga Premier (LP1-LP5) akan dikemaskini selepas aksi terakhir liga iaitu pada hari Jumaat, 24 September 2021.

Sebarang perubahan dan pindaan Kalendar serta Jadual Pertandingan MFL 2021 adalah tertakluk kepada keputusan Ahli Lembaga Pengarah MFL, Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 MFL dan Fasa Pelan Pemulihan Negara.

Muat turun jadual TM Piala Malaysia di sini.