MFL, INGRES TECHNOLOGIES JALIN KERJASAMA WUJUD APLIKASI BOLA SEPAK MALAYSIA

February 10, 2021



Malaysian Football League (MFL) menerusi kerjasama bersama Ingres Technologies Sdn Bhd (Ingres), sebuah syarikat teknologi maklumat terkemuka yang khusus dalam pembangunan perisian, sistem integrasi dan infrastruktur telekomunikasi bakal memperkenalkan aplikasi bola sepak negara iaitu Shoot!

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan, pengelola Liga Malaysia itu mengalu-alukan kedatangan Ingres yang mengikat perjanjian selama lima tahun bermula 2021 dengan syarikat berkenaan akan bertindak sebagai pembangun aplikasi itu.

Jelas Dato’ Ab Ghani, beliau percaya aplikasi Shoot! bakal menjadi satu nafas baharu kepada Liga Malaysia seiring peredaran teknologi masa kini yang menuntut maklumat dan kandungan-kandungan digital di hujung jari.

“Aplikasi ini bakal menawarkan segala berita, info dan kandungan bola sepak Malaysia dalam satu aplikasi.

Katanya lagi, beliau optimis bahawa perkhabaran ini akan mengembirakan penyokong-penyokong tanah air yang bakal menikmati kandungan serta informasi yang bukan hanya mengenai Liga Malaysia malah melibatkan perkembangan bola sepak tanah air termasuk pasukan kebangsaan.

“MFL dengan kerjasama Ingres mahu memastikan setiap peminat dapat mengikuti perkembangan terkini di mana teknologi yang ditawarkan oleh aplikasi ini membolehkan semua penyokong mendapat maklumat bukan sahaja pasukan Liga Malaysia, malah termasuk e-MFL, pasukan kebangsaan lelaki mahupun wanita, pasukan bola sepak pantai, futsal serta pertandingan anjuran FAM.

“Menerusi aplikasi Shoot! ini juga, peminat boleh mengesahkan pasukan kegemaran masing-masing di mana mereka akan ditawarkan segala informasi berkenaan pasukan yang diikuti itu selain mendapat statistik perlawanan secara langsung, ‘e-commerce’ yang bakal diperkenalkan di masa hadapan dan lain-lain lagi.

“Dengan platform ini juga, hubungan penyokong dan pasukan akan terasa lebih dekat dengan kelab kesayangan mereka di mana peminat turut akan diberikan ganjaran apabila setiap kali mereka menggunakan aplikasi Shoot!.

“Harapan MFL dengan kerjasama Ingres adalah mahu lebih mendekati dan memahami penyokong bola sepak tempatan dan memberikan kandungan serta informasi terbaik kepada mereka menerusi aplikasi ini,” katanya dalam satu kenyataan media.

Majlis menandatangani perjanjian kerjasama antara MFL dan Ingres berlangsung hari ini dengan MFL diwakili Dato’ Ab Ghani dan Ketua Pegawai Eksekutif Ingres, Dato’ Emil Rinaldi Sjaiful sambil disaksikan oleh Presiden MFL Datuk Haji Hamidin Haji Mohd Amin serta Pengarah Eksekutif Ingres, Faris Lodin.

 

Menurut Dato’ Emil Rinaldi Sjaiful, beliau percaya ekosistem digital memainkan peranan yang amat penting sekali untuk memahami sikap penyokong bola sepak negara secara terperinci.

Tambahnya, penerapan data dalam organisasi adalah kunci bagi meningkatkan daya saing di zaman digitalisasi yang kian berkembang.

“Ingres dengan kerjasama MFL komited dalam menerajukan aplikasi bola sepak negara ini, pelbagai info dan kandungan yang unik dan eksklusif akan dipaparkan bagi memenuhi kehendak peminat-peminat yang bukan sahaja terhad kepada aksi bola sepak tetapi juga merangkumi elemen-elemen yang lebih menghiburkan serta “fan engagement” yang luar biasa.

“Saya harap aplikasi ini bukan sahaja menjadi pelengkap kepada pengalaman penyokong yang menonton bola sepak tanah air, malah membantu ekosistem bola sepak secara holistik untuk terus berkembang dengan teknologi yang lebih canggih.”

Dalam perkembangan sama, Dato’ Ab Ghani menegaskan aplikasi Shoot! turut dapat membantu kelab-kelab Liga Malaysia menjana pendapatan baharu selain daripada penaja, tiket atau cenderahati.

“Perkongsian hasil pendapatan dengan kelab ini akan menyaksikan aplikasi ini akan membantu pasukan Liga Malaysia menjana pendapatan di mana ini antara salah satu saluran membantu kelab ketika kami mengembangkan lagi potensi aplikasi ini di masa akan datang,” ujarnya.

Prapelancaran aplikasi Shoot! bakal diadakan pada hujung bulan ini di mana penyokong bola sepak tempatan berpeluang menerokai aplikasi Shoot! dengan memuat turun pada semua operasi sistem telefon pintar bermula dengan Android pada bulan hadapan.

 

MFL, INGRES TECHNOLOGIES LAUNCH MALAYSIAN FOOTBALL APPLICATION

The Malaysian Football League (MFL), in cooperation with Ingres Technologies Sdn Bhd (Ingres), a leading Information Technology company specialising in software development, integration systems, and telecommunication infrastructure, will launch a Malaysian football application called Shoot!

According to the MFL’s Chief Executive Officer, Dato’ Ab Ghani Hassan, the Liga Malaysia organiser welcomes Ingres’ arrival in the local football scene with a five-year agreement beginning 2021 which will see the company act as the application’s developer.

Dato’ Ab Ghani explained, he believes that the Shoot! application will be a welcome addition to Liga Malaysia in line with the flow of modern technology, where information and digital content is available at your fingertips.

“This application will offer all the latest Malaysian football news, information, and content in one app.

He added that he was optimistic that this announcement will please local football fans who will soon be able to enjoy content and information not only about Liga Malaysia, but also domestic football developments, including the national team.

“Working together with Ingres, MFL want to ensure that every fan is able to follow the latest updates, whereby the technology available in this app can allow all football fans to get information not only about Liga Malaysia teams, but even e-MFL, men’s and womens’ national teams, beach football, futsal as well as other competitions organised by FAM.

“Via the Shoot! app, fans can select their favourite team where they will then be offered all information about that team, as well as live match statistics, e-commerce, and more.

“Through this channel, the relationship between fans and their favourite teams will become closer where fans will get rewarded whenever they use the Shoot! app.

“MFL hope that this partnership with Ingres will bring local football fans closer and provide the best content and information to them via this app,” he said in a press statement.

According to Ingres Technologies Chief Executive Officer, Dato’ Emil Rinaldi Sjaiful, he believes that the digital ecosystem plays a very important role in understanding Malaysian football fans in detail. The application of data in organisations is the key to increasing competitiveness in the age of rapid digitalisation.

“Ingres, with the cooperation of MFL, is committed in leading this Malaysian football application, where various information and unique content will be available in order to fulfil the fans’ wishes which aren’t just limited to football action, but also includes more entertaining elements as well as extraordinary fan engagement.

I hope that this application complements the fan’s local football watching experience while holistically helping the football ecosystem to continue growing with more sophisticated technology.”

In addition, Dato’ Ab Ghani asserted that the Shoot! app can also serve as a new source of income generation for Liga Malaysia clubs, other than via sponsorship, ticket sales, or merchandise.

“The revenue share with clubs will see this app help Liga Malaysia teams generate income, whereby this is just one of the channels to assist the clubs as we expand the potential of this app in the future,” he added.

The pre-launch of the Shoot! app will be held at the end of February, while Malaysian football fans will have the opportunity to explore the Shoot! app by downloading it on all smart phones with an Android or iOS operating system at the end of March.