BAGAIMANA FARIS RAMLI MENGHADAPI RAMADAN?

May 17, 2018



Pemain PKNS FC Faris Ramli memberitahu kami bagaimana dia menyesuaikan persiapannya semasa bulan Ramadhan

Berapa sukar bagi anda sebagai pemain bola sepak profesional beraksi semasa bulan Ramadan? 
Secara jujurnya, saya bersyukur dapat berpuasa. Namun, ianya tidak sukar kerana saya memang selalu bermain di dalam bulan Ramadhan. Saya pernah bersama dengan pasukan Home United di Singapura musim lepas dan beraksi ketika berpuasa bukanlah perkara baharu bagi saya. Saya ingin melihat bagaimana suasana Ramadhan di dalam bola sepak Malaysia untuk tahun ini.

Bagaimanakah anda menghadapi tuntutan fizikal bermain ketika perut kosong, adakah terdapat nutrisi tambahan yang anda gunakan? Bolehkah anda memberi kami pelan diet harian anda? 
Pendapat saya, tiada diet yang saya ikut kerana ianya memerlukan persediaan yang betul. Saya boleh katakan saya menikmati buah kurma ketika hari perlawanan kerana ianya mengandungi banyak vitamin dan nutrisi yang penting. Saya sangat bertenaga selepas memakan buah kurma.

Apa yang anda makan jika anda tidak berpuasa? 
Semasa saya kecil, saya selalu makan bijirin untuk sahur kerana penyediaannya sangat mudah dan sihat untuk atlit. Sehingga kini saya masih mengambil bijirin terutamanya semasa hari perlawanan kerana ianya akan memberi tenaga sehingga 90 minit. Jika saya tidak sahur, sudah tentu ianya memberi kesan kepada saya semasa perlawanan.

Bagaimanakah tubuh anda bertindak balas apabila tabiat pemakanan biasa anda digantung untuk Ramadan? 
Seperti saya katakan tadi, saya sudah biasa bermain di bulan Ramadhan. Perbezaan saya untuk bulan lain adalah, saya akan cepat penat. Tapi saya akan terus untuk kekal cergas dan sihat semampu yang boleh. Para jurulatih juga akan mengenal pasti dan memberitahu jika terdapat perbezaan prestasi pemain.

Adakah anda percaya berpuasa ini memberi manfaat? 
Ya, saya percaya berpuasa banyak memberi manfaat kerana saya telah melakukannya sejak kecil lagi. Berpuasa adalah sangat suci, kerana kita melakukannya untuk menjauhkan dari perbuatan yang salah dan menjadi seorang Muslim yang baik.

Apa yang anda makan untuk berbuka puasa? 
Saya sangat suka makan masakan Ayam Masak Cili Padi ketika berbuka.